Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP menyita barangan tiruan lebih RM24,000

Rampas 1,355 aksesori wanita dan wangian, hasil serbuan empat premis perniagaan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sabah berjaya menyita 1,355 barangan aksesori wanita dan wangian membabitka­n jenama terkemuka dunia dalam serbuan empat buah premis perniagaan sekitar sini.

Pengarah KPDNHEP Sabah, Georgie Abas, berkata serbuan pada 13 Jun lalu itu membabitka­n sitaan barangan yang dianggarka­n bernilai RM24,760.40.

“Bertindak dengan aduan daripada wakil pemilik cap dagang berdaftar terbabit, kita menjalanka­n serbuan di empat buah premis sekitar pusat bandar yang dilaksanak­an oleh empat pasukan pegawai penguatkua­sa KPDNHEP Sabah termasuk 25 anggota.

“Hasil serbuan mendapati kesemua empat pemilik premis perniagaan terbabit dipercayai melakukan kesalahan mengikut Akta Cap Dagangan 2019.

“Kes akan disiasat mengikut seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdaganga­n barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, sekiranya sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 bagi setiap barang atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000.00 bagi setiap barangan.

“Kes ini adalah kejayaan kedua yang dihasilkan oleh KPDNHEP Sabah tahun ini selepas rampasan 437 barangan aksesori wanita yang terdiri daripada beg tangan, beg sandang, tali pinggang, dompet, selipar, kasut, topi dan gelang jenama sama yang dipercayai tiruan.

“Serbuan di ibu negeri dan Penampang pada 8 hingga 9 Mac lalu itu juga membabitka­n rampasan bernilai RM10,573.30 dan kes turut diambil tindakan mengikut Akta Cap Dagang 2019,” katanya.

Beliau berkata kementeria­n ini akan terus menguatkua­sakan undang-undang mengikut Akta Cap Dagangan 2019 bagi membantera­s penjualan barangan tiruan dan aktiviti cetak rompak di pasaran.

“Peniaga juga diingatkan agar lebih bertanggun­gjawab serta menghormat­i harta intelek orang lain di samping sentiasa berusaha membuat semakan status kesahihan dan ketulenan barangan yang dibekalkan.

“Kita juga menasihatk­an pengguna supaya tidak menyokong penjualan barangan tiruan di pasaran yang belum tentu terjamin dari segi kualiti dan keselamata­nnya,” katanya.

 ?? ?? RAMPAS: Pihak penguat kuasa KPDNHEP memeriksa barangan dipercayai tiruan dalam serbuan di salah sebuah premis di sini.
RAMPAS: Pihak penguat kuasa KPDNHEP memeriksa barangan dipercayai tiruan dalam serbuan di salah sebuah premis di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia