Utusan Borneo (Sabah)

UEFA berhasrat perkenalka­n kejohanan mini

-

PARIS: Badan induk bola sepak Eropah (UEFA), menimbangk­an untuk memperkena­lkan kejohanan mini yang melibatkan empat pasukan pada permulaan setiap musim, sebelum pusingan pertama Liga Juara-Juara bermula, menurut pengesahan UEFA pada Selasa.

Akhbar sukan harian Perancis, L’Equipe melaporkan bahawa UEFA sedang menimbangk­an idea satu pertanding­an melibatkan juara Liga Juara-Juara pada musim sebelumnya, bersama-sama dengan tiga kelab utama lain.

L’Equipe melaporkan bahawa idea itu termasuk dalam jemputan tender untuk hak penyiaran untuk kejohanan Liga Juara-Juara lebih besar dan baharu dari 2024 hingga 2027.

Apabila dihubungi agensi berita AFP, UEFA berkata “ia satu idea disebut dalam tawaran untuk bidaan, tetapi tiada apa yang telah diputuskan”.

Satu sumber yang mengetahui cadangan itu berkata kejohanan mini tidak akan bermakna lebih banyak perlawanan.

Pusingan pertama Liga Juara-Juara akan diperbesar­kan dari musim 2024/2025 kepada melibatkan 36 pasukan, naik dari jumlah semasa 32 pasukan.

Semua pasukan akan dikumpul dalam satu kumpulan dengan setiap pasukan bermain lapan perlawanan, semua menentang lawan berbeza, berbanding dalam lapan kumpulan melibatkan empat pasukan bermain enam perlawanan setiap pasukan ketika ini.

Bulan lepas, presiden UEFA, Aleksander Ceferin memberitah­u AFP bahawa rundingan telah berjalan untuk mengubah Piala Super UEFA kepada pertanding­an empat pasukan berbanding format semasa satu perlawanan di antara juara Liga Juara-Juara menentang juara Liga Europa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia