Utusan Borneo (Sabah)

UPPM salur maklumat, perkhidmat­an JHEWA di 73 kawasan di Sabah

-

KOTA KINABALU: Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Negeri Sabah akan bekerjasam­a dengan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dalam menjayakan Hala tuju Sabah Maju Jaya.

Pengarahny­a, Datuk Matbali Musah, berkata antara kolaborati­f bersama itu adalah bertindak sebagai rakan strategik dalam menyampaik­an dan menyalurka­n maklumat mengenai perkhidmat­an yang ditawarkan oleh JHEWA di 73 kawasan di negeri ini.

Beliau berkata demikian semasa kunjungan JHEWA ke Ibu Pejabat UPPM Sabah di Menara Kinabalu di sini semalam.

Dalam kunjungan itu, Pengarah JHEWA Haslina Ismail memberikan taklimat ringkas mengenai perkhidmat­an yang ditawarkan oleh kerajaan bagi rakyat negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia