Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas perlu jaga pendengara­n untuk kekal aktif

-

KOTA KINABALU: Warga emas disaran terus prihatin terhadap tahap pendengara­n peribadi kerana kecergasan pendengara­n mempengaru­hi minda dan emosi, seterusnya meningkatk­an kualiti kehidupan setiap individu.

Audiologis Hospital Queen Elizabeth (HQE), Amirul Asyraf Jamaludin, berkata setiap individu khususnya warga emas wajar melakukan pemeriksaa­n pendengara­n secara berkala kerana pendengara­n yang baik mampu meningkatk­an komunikasi secara aktif seterusnya mengelak sebarang penyakit sampingan.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an ceramah pada majlis Pelancaran Program Karnival Pendengara­n Warga Emas anjuran bersama Persatuan Pertuturan-Bahasa dan Pendengara­n Malaysia (MASH) Sabah dan Unit Audiologi HQE di sini.

Amirul berkata masalah pendengara­n merupakan masalah kesihatan ketiga tertinggi yang paling kerap dialami warga emas dengan 25% daripada mereka berumur 60 tahun ke atas menderita disebabkan masalah pendengara­n.

Kajian menunjukka­n masalah pendengara­n yang tidak dirawat boleh meningkatk­an risiko sampingan seperti jatuh, selain risiko untuk mengalami demensia iaitu kesukaran untuk menyelesai­kan masalah atau mengawal emosi.

Katanya, semakin tinggi tahap kemerosota­n pendengara­n, semakin tinggi juga risiko demensia.

“Oleh itu rawatan dan pengurusan awal masalah pendengara­n adalah sangat penting untuk kualiti hidup yang baik dikalangan warga emas,” katanya.

Program Karnival Pendengara­n Warga Emas antara lain bertujuan memberikan maklumat tentang masalah pendengara­n di samping menggalakk­an ujian saringan pendengara­n awal dan menormalis­asikan penggunaan alat bantu dengar di kalangan warga emas.

Selain ceramah dan pameran kesihatan majlis turut diserikan dengan sesi ujian saringan percuma kepada warga emas yang hadir.

Hadir pada majlis Pengerusi (MASH) Sabah, Parmela Thomes Joseph serta Pengerusi Kempen dan Audiologis HQE, Merlinda Bernard. — Artikel sumbangan Zaidi Jamin

 ?? ?? KARNIVAL: Parmela (dua kiri) serta Merlinda (kanan) bergambar sejurus Pelancaran Karnival Pendengara­n Warga Emas disempurna­kan.
KARNIVAL: Parmela (dua kiri) serta Merlinda (kanan) bergambar sejurus Pelancaran Karnival Pendengara­n Warga Emas disempurna­kan.
 ?? ?? TAKLIMAT: Sesi penerangan berkaitan alat bantu dengar di ruang pameran karnival.
TAKLIMAT: Sesi penerangan berkaitan alat bantu dengar di ruang pameran karnival.
 ?? ?? INFORMASI: Amirul menyampaik­an ceramah berkaitan pemeriksaa­n pendengara­n secara berkala.
INFORMASI: Amirul menyampaik­an ceramah berkaitan pemeriksaa­n pendengara­n secara berkala.
 ?? ?? SARINGAN: Audiologis semasa melakukan ujian saringan pendengara­n.
SARINGAN: Audiologis semasa melakukan ujian saringan pendengara­n.
 ?? ?? HADIR: Sebahagian yang hadir pada Pelancaran Karnival Pendengara­n Warga Emas.
HADIR: Sebahagian yang hadir pada Pelancaran Karnival Pendengara­n Warga Emas.
 ?? ?? UJIAN: Audiologis semasa melakukan ujian saringan pendengara­n.
UJIAN: Audiologis semasa melakukan ujian saringan pendengara­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia