Utusan Borneo (Sabah)

MR D.I.Y beri sokongan kepada Program Pemerkasaa­n Komputer

-

KUCHING: Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y) baru-baru ini memberi sokongan kepada Program Pemerkasaa­n Komputer, sebuah inisiatif oleh Medical Awareness Camp Outreach (MACO).

MACO adalah sebuah NGO yang dibentuk oleh sepasukan doktor-doktor pakar dan para sukarelawa­n bukan perubatan untuk menyediaka­n perkhidmat­an perubatan secara percuma, makanan, bantuan makanan dan komputer yang telah dibaik pulih kepada golongan yang memerlukan.

Melalui Program Pemerkasaa­n Komputer, MACO membaik pulih set-set komputer untuk dilengkapk­an ke makmal-makmal komputer di sekolah.

Sehingga April 2022, lebih 2,000 set komputer telah dibaik pulih oleh organisasi tersebut.

Pasukan IT daripada MR D.I.Y. telah menghulurk­an sokongan secara sukarela terhadap program tersebut dengan membaik pulih 110 set komputer yang terdiri daripada Unit Pemprosesa­n Pusat (CPU), monitor, papan kekunci dan pelbagai aksesori lain agar dapat digunakan di makmal komputer sekolah-sekolah di seluruh Semenanjun­g Malaysia.

Kesemua komputer yang dibaik pulih itu telah diperoleh daripada ibu pejabat MR D.I.Y. di Seri Kembangan serta cawangan-cawanganny­a di seluruh negara.

Mengulas tentang inisiatif tersebut, Pengerusi Kumpulan MR D.I.Y. Dato Azlam Shah Alias berkata: “Kami sedar bahawa salah satu kumpulan yang paling terkesan dengan pandemik adalah para pelajar. Kami mendapati bahawa apabila mereka kembali ke sekolah selepas pandemik, banyak sekolah yang memerlukan bantuan bagi memastikan para pelajar mempunyai kemudahan yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajar­an dalam talian.

“Dengan lebih 900 cawangan di seluruh negara, pasukan IT kami amat mahir dalam mengendali­kan komputer dan telah menawarkan khidmat secara sukarela untuk memperoleh dan membaik pulih kesemua komputer ini bagi menyokong inisiatif tersebut.

“Kami berharap agar sumbangan ini akan membantu para pelajar meneruskan pembelajar­an tanpa sebarang masalah,” katanya.

Azlam mengucapka­n terima kasih kepada MACO kerana telah menganjurk­an inisiatif tersebut.

“Inisiatif yang murni dan amat berguna ini pastinya akan membantu sekolahsek­olah menyediaka­n pangkalan digital yang efektif supaya para pelajar dapat mengikuti pembelajar­an dengan baik.

“Kami berharap lebih banyak syarikat akan tampil untuk membantu organisasi­organisasi seperti MACO supaya kita semua dapat menambah nilai kepada sektor pendidikan,” katanya.

Pada Disember 2021, MR D.I.Y. telah disenaraik­an dalam FTSE4Good Index 2021 yang diiktiraf di peringkat global.

Pencapaian ini membuktika­n usaha peruncit tersebut untuk terus menghasilk­an impak yang positif kepada komunitiko­muniti di mana ia beroperasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., layari laman webnya www.mrdiy. com dan laman media sosial, Facebook serta Instagram.

 ?? ?? UNTUK SEKOLAH: Set komputer di premis MACO di Petaling Jaya yang siap sedia untuk dihantar ke sekolah-sekolah di Semenanjun­g Malaysia.
UNTUK SEKOLAH: Set komputer di premis MACO di Petaling Jaya yang siap sedia untuk dihantar ke sekolah-sekolah di Semenanjun­g Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia