Utusan Borneo (Sabah)

Dana SMJ bantu pembanguna­n Tongod

Kerajaan lulus dua projek baharu melibatkan peruntukan RM10.4 juta

- Oleh Siti Aisyah Narudin

TONGOD: Suntikan dana menerusi pelan pembanguna­n Sabah Maju Jaya (SMJ) dijangka membantu membangunk­an daerah ini menerusi pelaksanaa­n projek dalam pelbagai sektor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah berkata, usaha itu sekali gus membantu memajukan Tongod yang disenaraik­an antara 10 daerah termiskin di negara ini.

Katanya, setakat ini kerajaan negeri meluluskan dua projek baharu melibatkan peruntukan berjumlah RM10.4 juta bagi menaikkan status pekan Tongod.

“Kita yakin pembinaan rangkaian jalan raya baharu yang menelan belanja sebanyak RM350 juta antara Tongod-Keningau merentasi Penangah dijangka membuka ruang ekonomi lebih luas kepada penduduk daerah ini,” katanya pada majlis Perasmian Dewan Masyarakat Kampung Talibu di sini kelmarin.

Beliau berkata, apabila siap jalan raya berkenaan akan memudahkan pengangkut­an dengan jarak lebih dekat antara Kota Kinabalu ke Keningau menerusi Tongod hingga ke pantai timur termasuk Kinabatang­an, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, dan Tawau.

Masiung yang sinonim dengan slogan ‘Tatap Kalaga’ (tetap sampai) itu berkata, daripada jumlah RM10.4 yang diperuntuk­kan kerajaan Sabah, sejumlah RM7.5 juta digunakan untuk membina 50 unit rumah kos rendah dan selebihnya RM2.9 juta dibelanjak­an untuk mendirikan enam unit kedai bertingkat.

Menurutnya, peruntukan rumah kos rendah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri sebagaiman­a yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor semasa merasmikan Pesta Kaamatan Daerah Tongod 16 Mei lepas.

“Cadangan rumah kedai terbabit dibina bersebelah­an dengan projek rumah kos rendah berdekatan hospital dan Dataran Tongod.

“Seluas kira-kira 50 ekar diwartakan untuk keduadua projek baharu ini,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB) ini berkata, majlis pecah tanah bangunan komersial enam unit kedai dua tingkat itu turut dilancarka­n oleh Ketua Menteri pada 16 Mei lalu.

Sementara itu katanya, projek rumah kos rendah 50 unit kini dalam proses menyediaka­n dokumentas­i oleh juru perunding tempatan yang akan dilantik.

Masiung berkata, rumah kos rendah yang bakal dibina akan dijual kepada warga tempatan dengan harga antara RM55,000 hingga RM65,000.

 ?? ?? RASMI: Masiung (depan) menurunkan tandatanga­n sebagai simbolik perasmian Dewan Kampung Talibu Tongod.
RASMI: Masiung (depan) menurunkan tandatanga­n sebagai simbolik perasmian Dewan Kampung Talibu Tongod.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia