Utusan Borneo (Sabah)

KRT Kg Kota adakan majlis kesyukuran

-

TUARAN: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kota, Tuaran, mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran bagi meraikan kehadiran Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah, Delin Liet Blaun yang mengadakan kunjungan ke KRT berkenaan.

Majlis doa selamat dan kesyukuran juga diadakan bagi memohon agar ahli KRT sentiasa diberikan kesihatan dan dipermudah­kan segala urusan mereka.

Pengerusi KRT Kampung Kota, Haji Adis Enjih, melahirkan rasa syukur kerana keadaan semakin pulih, kes semakin berkuranga­n dan orang ramai dapat menjalanka­n kegiatan harian mereka seperti biasa.

Beliau berharap keadaan semakin pulih dan KRT Kampung Kota dapat melaksana aktiviti yang tertangguh kerana pandemik COVID19.

Beliau juga bersyukur kerana Delin kembali pulih selepas menjalani rawatan di hospital barubaru ini.

Sementara itu, Delin berkata kunjungan itu dibuat sebagai tanda penghargaa­n dan meminta maaf kerana tidak dapat menghadiri perjumpaan yang dijadualka­n pada Mei lepas kerana pada masa itu keadaan kesihatan tidak mengizinka­n dan terpaksa mengambil cuti sakit.

Beliau juga meminta ahliahli KRT supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada dan sentiasa mematuhi SOP.

 ?? ?? KESYUKURAN: Delin dan rombongan diraikan dalam majlis kesyukuran KRT Kampung Kota.
KESYUKURAN: Delin dan rombongan diraikan dalam majlis kesyukuran KRT Kampung Kota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia