Utusan Borneo (Sabah)

PMMS fokus mengangkat kaum Murut dalam pelbagai aspek

- Oleh Kenneddy Corlleus

SIPITANG: Persatuan Masyarakat Murut Sipitang (PMMS) telah mengadakan mesyuarat kali pertamanya di Dewan Masyarakat Melamam, dekat sini pada Ahad.

Mesyuarat julung kali itu dipengerus­ikan oleh Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sindumin, Eric Suab Boh bersama 30 masyarakat suku Murut.

Penubuhan persatuan ini, kata Eric, adalah bagi menyatupad­ukan masyarakat Murut di Daerah Sipitang selain membantu dari segi pembanguna­n sosio kehidupan masyarakat Murut Sipitang sama ada dari segi ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

“Penubuhan persatuan ini juga sebagai platform memelihara budaya dan adat suku Murut agar generasi berikutnya masih mampu mempraktik­kan adat resam selain bertutur bahasa Murut agar budaya suku ini tidak tenggelam oleh arus pemodenan negara,” katanya.

Sementara itu, Suab @ Majid Boh dipilih sebagai pengerusi, dibantu Ugai Tamang selaku Timbalan Pengerusi dan Junaidah Makku selaku setiausaha persatuan.

Maudin Melinchi pula bertindak selaku Bendahari dan Albert Andrew Kurus selaku Ketua Penerangan selain D Raffandey Darius sebagai Setiausaha Kerja.

Persatuan itu juga turut melantik lima individu selaku Ahli Jawatankua­sa (AJK) iaitu Queen Tuboh Pauzin; Formee Sinawat; Ganil @ Danil Guor; Patrick @ Gurka Ipun dan Paudee Mandang sebagai AJK persatuan.

 ?? ?? KOMITMEN: Eric merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir dan terlibat dalam mesyuarat PMMS yang diadakan itu.
KOMITMEN: Eric merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir dan terlibat dalam mesyuarat PMMS yang diadakan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia