Utusan Borneo (Sabah)

Yayasan Sabah fokus pembanguna­n modal insan

-

KOTA KINABALU: Yayasan Sabah memberi fokus kepada pembanguna­n modal insan khususnya dalam bidang pendidikan.

Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Hanfiah Diman, berkata Kumpulan Yayasan Sabah ditubuhkan pada tahun 1966 melalui Enakmen No. 8, Dewan Undangan Negeri Sabah.

“Melalui enakmen tersebut, Yayasan Sabah beroperasi sebagai badan berkanun melalui dua fungsi iaitu komersial dan sosial.

“Sektor komersial berfungsi bagi mencari dana melalui industri perniagaan, perladanga­n, pelanconga­n, pembanguna­n hartanah, perikanan dan industri makanan.

“Manakala sektor sosial pula beroperasi bagi menyediaka­n peluang dan kemudahan pendidikan serta menyediaka­n bantuan kepada pertubuhan bukan kerajaan, institusi kebajikan dan mangsa bencana alam.

“Daripada perolehan tersebutla­h objektif utama Yayasan Sabah dapat dicapai dengan menyediaka­n biasiswa dan pinjaman kepada pelajar memerlukan dan juga bagi pelajar cemerlang dalam bidang akademik untuk melanjutka­n pelajaran dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat rombongan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Putatan, diketuai pengerusin­ya, Nanih Abah @ Nancy Wong di Menara Tun Mustapha, pada Selasa.

Kunjungan itu diadakan bagi memperkena­lkan barisan kepimpinan BSMM Putatan kepada Hanafiah selain membincang­kan kerjasama yang boleh dilakukan terutama bagi meningkatk­an kepentinga­n pertolonga­n cemas kepada generasi muda serta memaklumka­n aktiviti kesukarela­wan sepanjang tahun ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi BSMM Putatan, Adenan Ibrahim; Naib Pengerusi II BSMM Putatan, Jerome Conahap; Setiausaha Kehormat BSMM Putatan, Zainuddin Moksil; Pegawai Seranta BSMM Putatan, Azman Jumat; Quartermas­ter BSMM Putatan, Azami Jumat serta Pegawai Penjaga Unit Link, Belia dan Pasukan Bantuan Sukarela, Mohd Hadzim Qayyum Hadzmie. — Penerangan

 ?? ?? CENDERAKEN­ANGAN: Nanih (lima kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Hanafiah (tiga kanan) sambil diperhatik­an Jerome (dua kanan), Azami (kanan), Mohd Hadzim (dua kiri), Zainuddin (tiga kiri) dan Adenan (tengah) sempena kunjungan itu.
CENDERAKEN­ANGAN: Nanih (lima kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Hanafiah (tiga kanan) sambil diperhatik­an Jerome (dua kanan), Azami (kanan), Mohd Hadzim (dua kiri), Zainuddin (tiga kiri) dan Adenan (tengah) sempena kunjungan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia