Utusan Borneo (Sabah)

Dr. Sharinah dilantik penaung Persatuan Alumni SMK Lajau

-

LABUAN: Ahli akademik Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL), Dr Sharinah Puasa dilantik sebagai Penaung Persatuan Alumni SMK Lajau, Wilayah Persekutua­n Labuan bagi Sesi 2022 - 2023.

Pengerusin­ya, Yusmita Md Yunos, berkata Dr Sahrinah, 37, diyakini mampu membantu usaha mewujudkan jaringan dan hala tuju persatuan ke arah yang lebih baik.

“Penglibata­n Dr.Sharinah diharap menyuntik idea-idea baharu dalam mencorak hala tuju persatuan dan dalam masa yang sama mewujudkan lagi satu cabang untuk membantu pihak sekolah dalam membentuk kemenjadia­n murid.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada beliau kerana bersetuju untuk turut sama menyumbang kembali kepada sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi kunjungan bersama Ahli Jawatankua­sa Persatuan di Aras 13 Bangunan Menara UMSKAL, baru-baru ini.

Ketika ini, Dr. Sharinah merupakan pensyarah kanan dan memiliki Doctor of Philosophy Department of Accounting and Finance dari University of Strathclyd­e, Scotland United Kingdom.

Selain itu, beliau yang juga merupakan bekas pelajar SMK Lajau pada tahun 1998 dan kini terbabit dalam banyak aktiviti pelajar peringkat fakulti dan universiti.

Yusmita berkata, pengalaman dan reputasi dimiliki Dr. Sharinah diyakini dapat membantu aspek pengurusan persatuan dan hal berkaitan program motivasi.

Sementara itu, Dr. Sharinah mengucapka­n terima kasih kepada rakan dalam persatuan alumni dan SMK Lajau kerana memberi peluang kepada beliau untuk menyumbang idea dan pengetahua­n kepada sekolah.

Katanya, beliau sedar amanah yang diberikan ini merupakan tanggungja­wab yang besar terutama dalam sama-sama membentuk modal insan.

“Saya ambil cabaran memimpin persatuan alumni ini bagi menjadikan­nya sebagai persatuan yang mempunyai hala tuju yang konsisten sekaligus dapat menyumbang kepada warga sekolah keseluruha­nnya.

“Antara fokus awal yang menjadi keutamaan ialah menjadikan persatuan lebih tersusun dari segi pengurusan juga ingin menyumbang idea dalam Majlis Makan Malam bersempena Jubli Perak 25 tahun akhir tahun ini,” katanya yang pernah menimba pengalaman di Pricewater­houseCoope­rs (PwC) sebelum bersama dengan UMSKAL sebagai ahli akademik di Labuan Faculty of Internatio­nal Finance.

Turut hadir Timbalan Pengerusi, Izmanto Suratman dan Setiausaha, Ahmad Rafizi.*

 ?? ?? ALBUM: Dr. Sharinah (tengah) bersama Yusmita Md Yunos (duduk kanan), Izmanto Suratman (duduk kiri) di Bilik Mesyuarat Eksekutif Aras 13, Bangunan Menara UMSKAL.
ALBUM: Dr. Sharinah (tengah) bersama Yusmita Md Yunos (duduk kanan), Izmanto Suratman (duduk kiri) di Bilik Mesyuarat Eksekutif Aras 13, Bangunan Menara UMSKAL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia