Utusan Borneo (Sabah)

PERKUKUH HUBUNGAN SABAH-CHINA

• Sabah harap lebih ramai pelabur, pelancong China datang ke negeri ini

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Sabah berharap untuk terus memperkuku­hkan hubungan persahabat­an serta kerjasama sedia ada dengan China, meliputi pelbagai bidang untuk kebaikan dan manfaat kedua-dua pihak.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, ketika menyatakan komitmen itu berkata Sabah juga mengalu-alukan supaya lebih ramai pelabur dari negara China melabur di negeri ini.

Selain itu, katanya, kerajaan berharap kedatangan lebih ramai pelancong dari negara itu memandangk­an Sabah mempunyai banyak sumber semula jadi yang cantik dan unik.

“Saya berharap Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu yang baharu, Huang Shifang dan Pejabat Konsul Jeneral di sini akan memainkan peranan penting membantu mempromosi Sabah sebagai salah satu destinasi pelanconga­n dan pelaburan utama kepada rakyat China,” katanya.

Menurutnya, negeri ini mempunyai hubungan yang baik dengan China selama ini “Kita juga berharap agar ramai pelancong China melawat Sabah apabila rakyat negara itu dibenarkan kembali melancong ke luar negara.

“Kehadiran mereka membantu pertumbuha­n industri pelanconga­n negeri ini,” katanya semasa menerima kunjungan hormat Huang di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini.

Hajiji yang mengalualu­kan Huang ke Sabah berharap ramai pelancong China akan melawat Sabah apabila rakyat negara itu dibenarkan kembali melancong ke luar negara.

Huang yang mengganti tempat Liang Caide, tiba di Kota Kinabalu pada 30 Mei 2022.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar Untong, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (EPU), Jasmin Teo, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Sabah Berhad, Datuk Madiyem Layapan dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Dr.Roland Chia.

 ?? ?? KUNJUNGAN: Hajiji menerima cenderamat­a daripada Huang semasa kunjungan terbabit. Turut kelihatan Safar (kanan).
KUNJUNGAN: Hajiji menerima cenderamat­a daripada Huang semasa kunjungan terbabit. Turut kelihatan Safar (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia