Utusan Borneo (Sabah)

Peragut doktor ditahan dalam tempoh 24 jam

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Seorang peragut lelaki berjaya ditahan dalam tempoh 24 jam selepas melarikan beg sandang milik seorang doktor wanita di sebuah restoran di Aeropod Tanjung Aru, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian pada Selasa lalu itu, mangsa berumur 33 tahun sempat melihat suspek menaiki kereta Perodua Viva sebelum membuat laporan polis.

“Bertindak dengan maklumat itu, polis segera menjalanka­n siasatan dan mengesan suspek di sekitar ibu negeri,” katanya ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini.

Turut hadir Ketua Bahagian siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu Deputi Superinten­dan Rosdi Mat Jusoh.

Mohd Zaidi berkata pihak polis kemudian berjaya mengesan kenderaan digunakan suspek semasa kejadian.

“Penemuan kenderaan itu membawa kepada penangkapa­n seorang lelaki berumur 33 tahun.

“Hasil tangkapan berkenaan, polis berjaya merampas semula beberapa barangan milik mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian sehari sebelum itu,” katanya.

Beliau berkata berdasarka­n soal siasat dijalankan, suspek mengaku terbabit dalam tiga lagi kes samun bersenjata yang berlaku di sekitar ibu negeri sebelum ini.

“Kejadian itu berlaku di tiga kedai serbaneka 24 jam, iaitu di Jalan Segama dan Kompleks Api-Api serta Aeropod, Tanjung Aru dan kesemua jenayah samun itu dilakukan suspek seorang diri,” katanya.

Beliau berkata pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut bagi mengenal pasti sama ada suspek terbabit dalam kes lain yang pernah dilaporkan sebelum ini.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek turut didapati positif dadah jenis Methamphet­amine.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau keduaduany­a, jika sabit kesalahan manakala Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda dan sebatan sekiranya sabit kesalahan,” katanya.

 ?? ?? RAMPAS: Zaidi menunjukka­n sebahagian daripada barangan mangsa serta peralatan yang dirampas semasa penahanan suspek.
RAMPAS: Zaidi menunjukka­n sebahagian daripada barangan mangsa serta peralatan yang dirampas semasa penahanan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia