Utusan Borneo (Sabah)

PICK-Kids percuma pada 20 hingga 24 Jun ini

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan lagi Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan KanakKanak (PICK-Kids) secara percuma selama seminggu bermula 20 hingga 24 Jun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Noor Azmi Ghazali berkata pihaknya akan membuka semua klinik kesihatan di seluruh negara untuk memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak yang terlepas PICK-Kids lalu.

Katanya, KKM mengambil inisitif itu bagi memberikan peluang kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka menerima suntikan vaksin secara percuma.

“KKM membuka peluang itu selama lima hari untuk ibu bapa yang baharu membuat keputusan supaya melakukann­ya dengan segera.

“Kita tahu ada ibu bapa yang sebelum ini mengambil keputusan ‘tunggu dan lihat’, jadi inilah peluang supaya mereka melakukann­ya selama lima hari,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media sempena Majlis Sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2022, di sini semalam.

Menurutnya, ibu bapa tidak perlu ragu lagi kerana PICK-Kids adalah selamat untuk kanak-kanak dan banyak kejayaan penurunan kes disebabkan pengambila­n vaksinasi.

Noor Azmi berkata KKM mempunyai cukup vaksin jenis Pfizer-BioNTech dan Sinovic untuk diberikan kepada kanak-kanak di seluruh negara.

“Setakat ini hanya 1.7 juta daripada hampir 4 juta kanak-kanak sudah menerima vaksin dan masih ramai lagi ibu bapa yang belum membawa anak mereka mendapatka­n vaksin.

“Justeru, Ibu bapa disaran untuk membawa anak mereka menerima vaksin secara percuma tanpa janji temu di klinik-klinik kesihatan berdekatan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Malaysia adalah antara negara yang terbaik dalam menjalanka­n vaksinasi dan kesiap siagaan hospital menerima pesakit COVID19.

“Sehingga kini, pencapaian vaksinasi negara untuk golongan dewasa menghampir­i 99 peratus, remaja 98 peratus dan dos pertama kanak-kanak 58 peratus.

“Kes jangkitan kemasukan ke hospital, penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kematian akibat COVID-19 juga semakin berkuranga­n,” katanya.

Terdahulu, tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama PICK-Kids secara percuma berakhir 31 Mei lalu dan kanak-kanak yang mahu disuntik selepas itu perlu mendapatka­nnya secara berbayar di pasaran swasta.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Rose Nani Mudin.

 ?? ?? SUNTIK: Noor Azmi memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak semasa program tersebut.
SUNTIK: Noor Azmi memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak semasa program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia