Utusan Borneo (Sabah)

Anggota penguat kuasa ditahan SPRM

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan menahan seorang anggota penguat kuasa bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima suapan bernilai kirakira RM5,000.

Menurut sumber, suapan itu adalah berkaitan dengan urusan pengeluara­n kad pengenalan warganegar­a Malaysia.

“Suspek berumur 42 tahun itu ditahan di pejabatSPR­MSandakan kira-kira pukul 9.30 pagi semalam semasa hadir memberi keterangan.

“Suspek dipercayai bertindak meminta dan menerima suapan daripada seorang individu sebagai upah untuk menguruska­n pengeluara­n kad pengenalan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanith­y ketika dihubungi mengesahka­n penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, suspek bagaimanap­un dilepaskan dengan jaminan SPRM dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan pada hujung bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia