Utusan Borneo (Sabah)

Kegiatan penyeludup­an ayam di Sabah akan dibanteras

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Kegiatan penyeludup­an ayam di Sabah akan dibanteras secara besarbesar­an melalui beberapa kaedah yang akan dilaksanak­an secepat mungkin.

Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan I Negeri Sabah, Datuk James Ratib, berkata tindakan ini dilaksanak­an selepas aktiviti penyeludup­an ini dikesan semakin berleluasa sehingga menimbulka­n masalah besar terutama kepada rakyat di negeri ini.

“Melalui lawatan saya di Jabatan Perkhidmat­an Veterinar di sini mendapati cara bagi mengawal penyeludup­an ayam adalah sangat longgar dan saya mengambil beberapa ketetapan yang diharapkan akan membentera­s penyeludup­an ayam secara besarbesar­an di Sabah.

“Pegawai penguatkua­sa yang mencukupi akan ditempatka­n di kit-kit pelabuhan di sini untuk membuat pemeriksaa­n yang lebih rapi bagi memastikan setiap kemasukan kontena di Pelabuhan Sepanggar bebas daripada aktiviti penyeludup­an ayam selain memastikan kemasukan ayam berjalan dengan telus dan mematuhi peraturan ditetapkan.

“Saya juga akan menyediaka­n beberapa kenderaan yang akan mengekori kontena yang dipercayai membawa muatan secara deklarasi palsu yang menjalanka­n aktiviti penyeludup­an ayam sehingga sampai ke destinasi,” katanya.

Beliau berkata isu halal juga turut diketengah­kan kerana sekiranya berlaku penyeludup­an, status halal bagi bekalan ayam tidak diketahui dan ianya membawa mudarat terutamany­a bagi umat Islam.

“Kegiatan penyeludup­an di Sabah menimbulka­n dua isu yang sangat besar dengan melibatkan isu Halal dan juga ketirisan.

“Ketirisan yang kita maksudkan ialah kegiatan yang salah di sisi undang-undang sehingga mengakibat­kan kerugian besar dari segi hasil pungutan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

“Isu halal pula menimbulka­n kerisauan tentang status ayam terbabit samada ianya halal atau sebaliknya untuk diedarkan kepada pengguna terutama sekali yang beragama Islam,” katanya.

Beliau berkata isu penyeludup­an ayam ini sudah berleluasa sejak dahulu dan sekiranya tidak dibenteras kegiatan ini akan berlarutan menyebabka­n orang ramai akan memakan ayam yang tidak diketahui statusnya.

“Amaran keras diberikan kepada semua pihak penyeludup agar menghentik­an kegiatan secara serta merta sebelum dikenakan tindakan undang-undang.

 ?? ?? LAWAT: James semasa melawat Jabatan Perkhidmat­an Veterinar di sini.
LAWAT: James semasa melawat Jabatan Perkhidmat­an Veterinar di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia