Utusan Borneo (Sabah)

Kegiatan penagihan dadah terbongkar Lelaki tinggalkan lori ketika sekatan jalan raya disahkan positif syabu

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Tindakan seorang pemandu lori meninggalk­an kenderaan ketika melalui operasi sekatan jalan raya di Jalan Tuaran Bypass, di sini membawa padah selepas ditahan pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Superinten­dan Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata penahanan kira-kira jam 2.30 petang itu kemudian berjaya membongkar kegiatan penagihan dadah suspek.

“Semasa menjalanka­n sekatan, pihak polis menyedari tindakan suspek melarikan diri sebelum pasukan operasi bertindak mengejar lelaki terbabit.

“Suspek berjaya ditahan dan hasil pemeriksaa­n awal mendapati suspek memiliki kertas timah dan satu tiub plastik berisi sisa hablur jernih disyaki syabu,” katanya. Beliau berkata pihaknya turut berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 0.04 gram di dalam beg sandang yang dibawa suspek.

Menurutnya, suspek kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

“Keputusan ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zamzuri berkata operasi berkenaan dijalankan untuk mengenal pasti salah laku membabitka­n kenderaan perdaganga­n.

“Kita melaksanak­an operasi bagi mengesan pemandu warga asing yang memandu kenderaan perdaganga­n terutamany­a lori yang membawa muatan melebihi had dibenarkan.

“Operasi ini juga dijalankan bagi mengesan pemandu lori yang tidak memiliki lesen memandu kerana dibimbangi boleh membahayak­an pengguna-pengguna jalanraya yang lain,” katanya.

Menurutnya, operasi yang dijalankan selama dua hari bermula Selasa lalu berjaya mencatatka­n sebanyak tujuh keping saman membabitka­n pelbagai kesalahan.

“Sebanyak 11 kenderaan jenis lori turut diarahkan untuk menjalani pemeriksaa­n timbang muatan di Stesen Timbang Jabatan Pengangkut­an Jalan, Telipok, di sini.

“Hasil daripada operasi itu juga merekodkan sembilan jenis lori yang diarahkan hadir ke mahkamah kerana melakukan kesalahan membawa muatan lebih daripada had yang ditetapkan.

“Dua lagi dan kenderaan dikenakan kompaun atas kesalahan yang sama,” katanya.

 ?? ?? OPERASI: Suspek yang ditahan bersama dadah jenis syabu selepas gagal melarikan diri di dalam operasi sekatan jalan raya di sini.
OPERASI: Suspek yang ditahan bersama dadah jenis syabu selepas gagal melarikan diri di dalam operasi sekatan jalan raya di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia