Utusan Borneo (Sabah)

SESB serbu 16 premis curi elektrik untuk melombong bitcoin

-

LABUAN: Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) menyerbu 16 premis ‘melombong’ bitcoin di Sandakan yang dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri elektrik, awal minggu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir. Mohd Yaakob Jaafar berkata sindiket itu menggunaka­n premis di lot-lot kedai dan ketika serbuan dijalankan, 15 daripada 16 premis itu didapati kosong dipercayai ahli sindiket berjaya melarikan diri dengan peralatan lain.

“Hanya satu premis kita berjaya menahan penjaga premis dan merampas beberapa komputer,” katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Integriti SESB 2022 dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam.

Mohd Yaakob berkata dalam operasi yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pihaknya mendapati premis berkenaan digunakan untuk menjana bitcoin yang dilengkapi meter kuasa, bagaimanap­un tiada rekod dalam sistem SESB.

Beliau berkata SESB percaya kegiatan itu dilakukan sejak tahun lepas.

“Kami bukan hanya berhadapan dengan cabaran kecurian elektrik di rumah setinggan haram, tetapi juga kegiatan melombong bitcoin haram,” katanya dan menambah SESB belum mengenal pasti jumlah kerugian yang dialami akibat perbuatan itu.

 ?? — Oleh Kenneddy Corlleus ?? SUMBANGAN: Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Liawan, Hairul Ahmad Syam menyampaik­an sumbangan ikhlas daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Annuar Datuk Aman kepada Pasukan BLITZKRIEG Futsal Team yang bercadang menyertai Futsal Piala ARMADA Sabah 2022. Kelihatan Hairul (kiri) menyerahka­n sumbangan itu kepada Ketua Pasukan BLITZKRIEG, Sharif Hamzah di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan baru-baru ini.
— Oleh Kenneddy Corlleus SUMBANGAN: Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Liawan, Hairul Ahmad Syam menyampaik­an sumbangan ikhlas daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Annuar Datuk Aman kepada Pasukan BLITZKRIEG Futsal Team yang bercadang menyertai Futsal Piala ARMADA Sabah 2022. Kelihatan Hairul (kiri) menyerahka­n sumbangan itu kepada Ketua Pasukan BLITZKRIEG, Sharif Hamzah di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia