Utusan Borneo (Sabah)

SPM 2021: 9,696 calon peroleh semua A, GPN 4.86

Calon SPM 2021 yang layak menerima sijil adalah 336,630 iaitu 88.09 peratus daripada 407,097 calon yang mendaftar

-

PUTRAJAYA: Seramai 9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, umum Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid.

Dalam sidang media pengumuman keputusan peperiksaa­n SPM 2021 di sini semalam, beliau berkata Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan bagi SPM 2021 adalah 4.86.

Nilai GPN yang lebih kecil menunjukka­n pencapaian calon yang lebih baik.

GPN pada 2020 adalah 4.80, 4.86 pada 2019, 4.89 (2018), 4.90 (2017) dan 5.05 (2016).

“Sebanyak 55.29 peratus calon lulus sekurangku­rangnya semua mata pelajaran,” katanya.

Nor Zamani berkata calon SPM 2021 yang layak menerima sijil adalah 336,630 iaitu 88.09 peratus daripada 407,097 calon yang mendaftar.

“Calon yang layak menerima sijil mesti lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya serta menambah seramai 975 atau 69.10 peratus daripada 1,411 calon berkeperlu­an khas (CBK) yang menduduki SPM 2021 juga layak mendapat sijil.

Ditanya adakah beliau berpuas hati dengan keputusan SPM 2021, Nor Zamani berkata secara umumnya, ia merupakan keputusan membanggak­an kerana calon kali ini adalah kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di tingkatan satu pada 2017.

“Calon ini juga melalui pengalaman pembelajar­an yang mencabar dalam norma baharu sepanjang mereka berada di tingkatan empat dan lima akibat pandemik COVID-19.

“Kita akui bukan mudah untuk membuat persediaan menduduki peperiksaa­n dengan keadaan pembelajar­an secara bersemuka yang terhad,” katanya.

Selari dengan pelaksanaa­n KSSM, peperiksaa­n SPM 2021 menawarkan 95 mata pelajaran iaitu 27 mata pelajaran baharu dan 68 mata pelajaran sedia ada, dengan jumlah kertas peperiksaa­n adalah sebanyak 180.

Calon SPM juga menduduki Ujian Lisan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris yang dijajarkan dengan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) dan Ujian Amali Sains (UAS), katanya.

Beliau berkata penjajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris kepada CEFR adalah selari dengan hasrat yang terkandung dalam English Language Education Reform in Malaysia: The Roadmap 2015-2025.

“CEFR merupakan satu piawaian antarabang­sa yang digunakan untuk menunjukka­n tahap penguasaan bahasa murid. CEFR ini turut dipaparkan dalam sijil SPM calon,” katanya.

Nor Zamani berkata Lembaga Peperiksaa­n akan

“Calon yang layak menerima sijil mesti lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan ” Sejarah. Datuk Nor Zamani Abdol Hamid Ketua Pengarah Pendidikan

menjalanka­n kajian terperinci keputusan SPM 2021 memandangk­an ia pertama kali dilaksanak­an dalam format baharu.

“Keputusan SPM 2021 ini memang kita tidak buat perbanding­an dengan tahun sebelumnya kerana ia kohort pertama lalui KSSM,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? GEMBIRA: Reaksi pelajar Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER), dekat Terengganu meraikan kejayaan memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 semasa ditemui semalam.
— Gambar Bernama GEMBIRA: Reaksi pelajar Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER), dekat Terengganu meraikan kejayaan memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 semasa ditemui semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Sebahagian calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 gembira bergambar bersama selepas menerima keputusan SPM masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sri Aman semalam.
— Gambar Bernama ALBUM: Sebahagian calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 gembira bergambar bersama selepas menerima keputusan SPM masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sri Aman semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KENANGAN: Pelajar-pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul bergambar selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.
— Gambar Bernama UNTUK KENANGAN: Pelajar-pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul bergambar selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia