Utusan Borneo (Sabah)

Punca 24,941 calon tidak duduki SPM 2021 akan dikenal pasti: Radzi

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pendidikan (KPM) akan menjalanka­n ‘post-mortem’ bagi mengenal pasti punca sejumlah 24,941 calon berdaftar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 tetapi tidak menduduki peperiksaa­n itu, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Beliau berkata majoriti calon yang tidak menduduki peperiksaa­n itu adalah calon SPM persendiri­an.

“Kita (KPM) sedang menganalis­is data dan akan meneliti trend tahun-tahun sebelum ini. Jika ada peningkata­n, kita akan ambil pendekatan untuk elak berulang di masa akan datang.

“Punca perlu dikenal pasti memandangk­an kohort SPM 2021 adalah paling terkesan dengan pandemik COVID19,” katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 18 (1) di sini sempena pengumuman keputusan SPM semalam.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid dalam sidang media mengenai keputusan SPM 2021 semalam berkata terdapat 24,941 calon SPM 2021 tidak menduduki peperiksaa­n itu daripada 407,097 calon yang berdaftar.

Ditanya faktor yang mendorong seseorang pelajar tidak menduduki SPM, Radzi berkata ada antara pelajar terbabit menghadapi masalah peribadi, masalah keluarga dan masalah kewangan.

Radzi berkata pihaknya sentiasa mendekati pelajar dan keluarga yang dikenal pasti mempunyai masalah sehingga menyebabka­n pembelajar­an terganggu dan tidak dapat meneruskan pengajian atau tidak menduduki peperiksaa­n khususnya SPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia