Utusan Borneo (Sabah)

Calon masalah penglihata­n cemerlang SPM 2021

-

GEORGE TOWN: “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,” itulah prinsip yang dipegang seorang remaja cacat penglihata­n yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Tan Jun Sheng, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) George Town yang berjaya memperoleh keputusan 2A+, 5A dan 1B+, berkata keputusan itu jelas membuktika­n bahawa seseorang itu harus berani mencuba meskipun berdepan aral.

“Walaupun dilahirkan dengan masalah penglihata­n kerana mata tidak dapat fokus dalam cahaya, saya memberanik­an diri untuk mengambil mata pelajaran yang sukar dalam SPM kerana minat, iaitu subjek geografi dan sains sukan.

“Ramai yang bertanya saya kenapa nak cuba mata pelajaran yang sukar, tetapi saya minat dalam geografi ini kerana mahu mengenali bumi dengan lebih dekat, selain meminati sukan sejak kecil lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di SMK George Town di sini semalam.

Anak tunggal itu berkata penglihata­nnya mula merosot ketika berusia 14 tahun dan kini beliau tidak dapat melihat dalam cahaya.

Beliau mengakui menghadapi kesukaran ketika mengikuti kelas secara pembelajar­an dan pengajaran di rumah (PdPR) ekoran pandemik COVID-19, namun gurunya banyak membantu dengan menyediaka­n gambar rajah yang dihantar ke rumah, manakala ibunya turut membacakan ayat dalam buku teks.

Ibu Tan, Anna Lim, 49, berkata beliau sangat berpuas hati dengan keputusan SPM anaknya kerana ia adalah hasil usaha gigih dan tidak mudah putus asa remaja itu.

Sementara itu, pelajar cemerlang SPM 2021, Nur Aina Fadhlina Ahmad Fazli, 18, dari SMK Bukit Jambul berkata beliau bertekad untuk mencapai keputusan terbaik demi membalas jasa guru sekolah dan pengorbana­n ibunya yang merupakan ibu tunggal.

Nur Aina yang mendapat keputusan 9A+, berkata walaupun agak sukar untuk belajar dalam pandemik secara PdPR, beliau akan bangun seawal 3 pagi untuk membuat ulang kaji.

“Saya berhasrat untuk meneruskan pelajaran dalam bidang perakaunan, namun saya masih belum pasti mahu ke universiti mana,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? KEBANGGAAN IBU: Tan mendapat ciuman tahniah daripada ibunya Anna Lim ketika berkongsi kegembiraa­n memperoleh keputusan cemerlang dengan 2A+, 5A dan 1B+ dalam keputusan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan semalam.
— Gambar Bernama KEBANGGAAN IBU: Tan mendapat ciuman tahniah daripada ibunya Anna Lim ketika berkongsi kegembiraa­n memperoleh keputusan cemerlang dengan 2A+, 5A dan 1B+ dalam keputusan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia