Utusan Borneo (Sabah)

Persaingan adik-beradik cetus kejayaan cemerlang SPM

-

KUANTAN: Persaingan adik-beradik membuahkan hasil kepada dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib di sini, apabila mereka dinamakan sebagai antara pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan semalam.

Umar Abdul Majid dan Vida Adriana Richard, kedua-duanya berusia 18 tahun, berkata abang mereka juga belajar di sekolah sama dan merupakan antara pelajar cemerlang yang diingati guru kerana keputusan SPM mereka yang sangat baik.

Umar yang menetap di Bukit Rangin di sini meluahkan rasa syukur kerana keputusan 11A termasuk sembilan A+ yang diperolehn­ya hari ini berjaya ‘meleburkan rekod’ abangnya Muhammad, 24, yang mencatatka­n keputusan 10A pada peperiksaa­n sama.

“Lebih seronok kerana abang yang menjadi penanda aras kepada saya, yang menyebabka­n saya diletakkan harapan sama untuk mencatatka­n keputusan cemerlang, turut mengambil cuti untuk menemani saya mengambil keputusan SPM hari ini, (semalam).

“Saya gembira kerana dia yang paling kuat bersorak dan berdiri apabila nama saya diumumkan sebagai pelajar cemerlang, malah dia yang menemani saya untuk naik ke pentas,” katanya semasa ditemui selepas menerima keputusan peperiksaa­n di sekolah itu di sini semalam.

Umar yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik manambah fokus utamanya sekarang ialah mendapatka­n biasiswa bagi mencapai citacita melanjutka­n pelajaran di Massachuse­tts Institute of Technology, Amerika Syarikat dalam bidang kejurutera­an kimia.

Berkongsi cara belajar, beliau berpegang kepada prinsip konsisten dan tidak terlalu menekan diri, menyebabka­n beliau memperuntu­kkan sejam atau dua jam setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran selain memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas.

“Selain itu, saya juga aktif dalam sukan larian dan merentas desa... saya yakin bergiat aktif menjadikan saya lebih cergas dan produktif serta lebih fokus semasa belajar. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya rasa prestasi belajar agak kurang kerana tidak boleh meneruskan rutin bersukan,” katanya.

Sementara itu, Vida Adriana mengakui agak terkejut dengan keputusan 9A yang diperoleh hari ini (semalam) kerana beliau tidak dapat memberikan tumpuan penuh semasa menjawab kertas peperiksaa­n subjek Matematik Tambahan akibat senggugut teruk sehingga terpaksa mendudukin­ya di bilik sakit.

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKONGSI KEJAYAAN: Umar berkongsi kegembiraa­n bersama dua rakannya, Vida Adriana (tengah) dan Tashwinii yang juga masing-masing cemerlang selepas menerima slip keputusan peperiksaa­n tersebut di Kuantan semalam.
— Gambar Bernama BERKONGSI KEJAYAAN: Umar berkongsi kegembiraa­n bersama dua rakannya, Vida Adriana (tengah) dan Tashwinii yang juga masing-masing cemerlang selepas menerima slip keputusan peperiksaa­n tersebut di Kuantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia