Utusan Borneo (Sabah)

Bung sokong hasrat SAFA daerah miliki padang sendiri

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) menyokong sebarang usaha SAFA daerah untuk mempunyai padang sendiri bagi menjalanka­n program dan aktiviti bola sepak di daerah masing-masing.

Presidenny­a, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, berkata pihaknya sentiasa menyokong hasrat mana-mana SAFA daerah untuk berusaha memiliki padang mereka sendiri.

Katanya, usaha sedemikian sangat dialu-alukan khususnya SAFA daerah yang sah berdaftar dan SAFA pusat akan sentiasa memberi sokongan yang perlu untuk memenuhi hasrat mereka itu.

“Perkara ini boleh diusahakan dan selaku presiden, saya akan berusaha membantu dan memberi sokongan terhadap hasrat mana-mana SAFA yang ingin berbuat demikian,” katanya selepas mengadakan perbincang­an dengan para pegawai SAFA di kediamanny­a pada Rabu.

Turut hadir ialah Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar; Setiausaha Eksekutif, David Wisom; Pengarah Teknikal SAFA,

Omar Maya Amat; Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanding­an SAFA, Lokman Sunggim; Pegawai Tadbir, Malim Surat dan ahli jawatankua­sa pertanding­an tempatan SAFA, Johari Datuk Aklee.

Tambah Bung lagi, hasrat beberapa SAFA daerah ingin memiliki padang sendiri adalah satu langkah yang baik bagi membolehka­n mereka dapat berdikari dan mengelak kebergantu­ngan mereka kepada padang yang dimiliki pihak lain.

Tambahnya, ketika ini SAFA daerah hanya mengharapk­an untuk menyewa padang untuk mereka mengadakan program dan aktiviti bola sepak.

“Sekiranya mereka boleh memiliki padang sendiri, ia dapat mengurangk­an kos penyewaan di samping boleh mengusahak­an untuk menjanakan pendapatan sampingan memandangk­an sambutan baik orang ramai terhadap bola sepak,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya berkata, pihaknya sedang merancang untuk membantu SAFA daerah untuk mendapatka­n tapak yang boleh dijadikan padang bola sepak.

“Ini memang ada dalam perancanga­n SAFA pusat dan berharap ia boleh direalisas­ikan dengan kerjasama semua pihak termasuk pengurusan SAFA di daerah masing-masing,” ujarnya.

 ?? ?? BINCANG: Bung (tengah) mengadakan perbincang­an dengan pegawai-pegawai SAFA.
BINCANG: Bung (tengah) mengadakan perbincang­an dengan pegawai-pegawai SAFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia