Utusan Borneo (Sabah)

KBS Sabah diminta cungkil ramai bakat baharu dalam sukan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah diminta untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu dalam sukan bagi memastikan adanya atlet pelapis pada masa akan datang di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor usaha ini boleh dilakukan dengan mengadakan pelbagai program atau pertanding­an sukan bagi mencari bakat baharu di seluruh negeri.

Katanya Kerajaan Negeri komited memajukan sukan di negeri ini kerana ramai atlet muda yang bersaing hingga ke peringkat antarabang­sa dan pernah mengharumk­an nama negara.

“Ini termasukla­h pelayar negara, Rufina Tan, pemain golf negara, Ben Leong dan terkini dua perenang negara seperti Janetty John Fabian serta Loo Yie Bing.

“Kita juga ada atlet yang menang pingat emas di Sukan SEA di Hanoi baru-baru ini seperti Andre Anura Anuar dalam acara lompat kijang, Jellson Jabilin akuatik terjun, Fatin Nur Fatehah Mat Salleh memanah dan Natahsya Soon bagi acara berbasikal.

“Justeru, saya meminta kementeria­n mencungkil lebh ramai bakat baharu dalam sukan agar ia ada kesinambun­gan dan pelapis, saya pasti ramai anak muda kita yang bebakat sama ada dalam olahraga, badminton, renang dan berbasikal yang boleh diketengah­kan,” katanya pada Majlis Meraikan Pencapaian Atlet Sabah sempena Temasya Sukan SEA Ke-31 Hanoi 2021, di Dewan Bankuasi Menara Kinabalu di sini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah Mansur Asun.

Hajiji berkata Kerajaan

Negeri dalam Belanjawan 2022 memperuntu­kkan sebanyak RM52.02 juta untuk pembanguna­n sukan termasuk prasarana dan fasiliti sukan tahun ini di Sabah.

“Program pembanguna­n sukan bukan sahaja disasarkan untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas, tetapi juga ke arah melakar nama negeri di peringkat antarabang­sa, selain melahirkan lebih ramai atlet muda di negeri ini,” katanya.

Ketua Menteri turut mengucapka­n tahniah kepada semua atlet kerana menjadi wira negara atau rakyat yang terbaik daripada jumlah 32 juta penduduk Malaysia untuk mewakili negara ke temasya sukan berprestij peringkat

Asia Tenggara itu.

“Saya berharap majlis pada hari ini menjadi pembakar semangat kepada semua atlet negeri ini agar mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan,” katanya sambil menambah bahawa bahawa sebahagian besar daripada 42 atlet dari Sabah ini masih layak mewakili negeri ke Sukan Malaysia yang akan berlangsun­g di Kuala Lumpur pada September depan.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyampaik­an replika cek insentif kemenangan berjumlah RM71,450 kepada 23 pemenang pingat termasuk acara berpasukan yang mewakili kontinjen negara dalam Temasya Sukan SEA Ke-31 di Hanoi, baru-baru ini.

 ?? ?? SERAH: Hajiji menyampaik­an replika cek insentif kemenangan kepada pemenang pingat emas sukan berbasikal, Natahsya Soon pada Majlis Meraikan Pencapaian Altet Sabah Sempena Temasya Sukan SEA ke-31, Hanoi 2021 di Menara Kinabalu di sini.
SERAH: Hajiji menyampaik­an replika cek insentif kemenangan kepada pemenang pingat emas sukan berbasikal, Natahsya Soon pada Majlis Meraikan Pencapaian Altet Sabah Sempena Temasya Sukan SEA ke-31, Hanoi 2021 di Menara Kinabalu di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia