Utusan Borneo (Sabah)

Kompleks Sukan Labuan sedang dibaik pulih

-

LABUAN: Kompleks Sukan Labuan yang telah berusia 36 tahun sedang dibaik pulih melibatkan kos berjumlah RM17 juta.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan Syahffie Japril berkata antara yang dibaiki dan diperbahar­ui adalah gelanggang untuk bola keranjang, bola tampar, tenis dan badminton.

“Projek tersebut turut merangkumi naik taraf stadium, dewan serba guna dan struktur stadium (trek larian dan padang bola sepak),” katanya kepada Bernama semalam.

Beliau berkata kerja-kerja pembaikan telah bermula Disember tahun lepas dan dijadualka­n siap pada April 2024.

“Kerja-kerja naik taraf dan pembaikan, yang berada di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, perlu dilaksanak­an berikutan kemudahan sudah usang.

“Kami optimistik projek berkenaan akan berjalan lancar demi kepentinga­n atlet tempatan dan orang awam serta untuk (penganjura­n) kejohanan sukan besar,” katanya.

Menurut Syahffie kolam renang bersaiz Olimpik di kompleks itu akan dirobohkan untuk projek fasiliti lain.

Tinjauan Bernama sebelum ini mendapati kompleks sukan tersebut, yang terletak pada kawasan seluas 50 ekar, telah dibiarkan tanpa penyelengg­araan.

Kolam renang didapati kelihatan seperti kolam menternak ikan dan kali terakhir digunakan ialah pada Sukan Borneo 2014.

Trek larian juga 90 peratus rosak susulan permukaann­ya yang telah retak serta tidak selamat untuk digunakan, selain permukaan gelanggang tenis yang licin yang perlu dibaik pulih dan dicat semula.

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBAIK PULIH: Kompleks Sukan Labuan yang telah berusia 36 tahun sedang dibaik pulih melibatkan kos berjumlah RM17 juta.
— Gambar Bernama DIBAIK PULIH: Kompleks Sukan Labuan yang telah berusia 36 tahun sedang dibaik pulih melibatkan kos berjumlah RM17 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia