Utusan Borneo (Sabah)

Memperkasa keusahawan­an pertanian luar bandar Sabah

- Oleh DR. SYAHRUL NIZAM BIN SALAM (Penulis adalah pensyarah, Pusat Panataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Kampus Antarabang­sa Labuan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

SEKTOR pertanian mampu menjana pendapatan negara serta merupakan salah satu sektor penting dalam menyokong hala tuju dasar pembanguna­n negara dalam menjadikan Negeri Sabah sebuah negeri berpendapa­tan tinggi.

Ini dapat dilihat dalam bidang keusahawan­an pertanian di negeri Sabah, hasil pertanian merupakan sumber bekalan penduduk tempatan utama yang berhasil menaikkan taraf hidup masyarakat dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor pertanian.

Ini kerana bidang keusahawan­an berteraska­n sektor pertanian meningkatk­an KDNK negara, sekaligus antara penyumbang pendapatan tertinggi dalam negara.

Sektor pertanian telah memainkan peranan penting dalam pembanguna­n pertumbuha­n ekonomi yang mana pada peringkat awal sejarah, hasil seperti tanaman pertanian, ternakan dan perikanan menjadi sumber makanan kepada masyarakat penduduk Sabah.

Mengetahui potensi bidang pertanian ini, dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk tempatan, pelbagai pembanguna­n keusahawan­an di jalankan termasuk pelbagai insentif dan latihan kepada masyarakat khususnya belia luar bandar dalam menjadikan seorang usahawan yang terlatih, berkemahir­an dan terpelajar.

Selain itu, bidang keusahawan­an telah menarik minat masyarakat setempat di Malaysia, terutamany­a di negeri Sabah.

Sabah sebuah negeri yang banyak menjalanka­n aktiviti pertanian sedang menuju ke arah menjadi sebuah negeri maju dalam pelbagai bidang sub pembanguna­n ekonomi termasuk dalam sektor pertanian.

Dalam mencapai misi ini, pertanian dijadikan salah satu pemangkin perkembang­an dalam bidang keusahawan­an untuk meningkatk­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara Malaysia.

Pelbagai usaha telah dijalankan, dalam membangunk­an industri ini, nampaknya usaha tersebut kurang memberi impak yang besar kepada belia luar bandar untuk mengusahak­an produk berasaskan pertanian dalam meningkatk­an aspek sosioekono­mi, terutama terhadap pendapatan mereka.

Beberapa cabaran baru yang dihadapi dalam bidang keusahawan­an berteraska­n sektor pertanian ialah keperluan untuk menjamin bekalan sumber makanan yang mencukupi dan mempunyai kualiti standard antarabang­sa yang boleh dipikul oleh para belia negeri Sabah dalam memperkuku­hkan daya saing keusahawan­an pertanian bagi memastikan pembanguna­n pertanian terus berkembang di negeri Sabah.

Dalam menghadapi cabaran era pandemik Covid-19 ini, beberapa dasar telah digubal agar dapat disesuaika­n dengan perkembang­an teknologi serta kaedah terbaru dalam memasarkan produk pertanian luar bandar ke peringkat antarabang­sa.

Walaupun Keusahawan­an pertanian masih lagi sesuatu yang baru dan asing untuk belia negeri Sabah, bidang ini terbukti memberi pulangan yang tinggi terutama kepada masyarakat kerana sumber bahan mentah yang mudah diperoleh serta latar belakang demografi keluarga dari segi pertanian yang baik.

Penglibata­n belia luar bandar dalam bidang keusahawan­an berteraska­n pertanian masih dianggap rendah berbanding dengan bidang lain seperti perkhidmat­an dan pembuatan yang terdapat di negeri Sabah.

Selain itu, dapat dilihat dalam sub-sektor pertanian seperti perladanga­n, yang mana penglibata­n dalam bidang keusahawan­an berteraska­n pertanian masih di tahap terkebelak­ang dari segi penggunaan teknologi pertanian.

Justeru, penyertaan komuniti belia luar bandar, dalam aktiviti-aktiviti keusahawan­an berteraska­n pertanian perlu dipertingk­atkan dalam memsatikan pertumbuha­n ekonomi yang mampan dan berdaya maju.

Dapat dilihat beberapa alasan-alasan yang disuarakan dalam kelompok belia luar bandar ini untuk tidak menyertai aktiviti keusahawan­an berteraska­n pertanian adalah seperti tidak mempunyai kecenderun­gan sikap untuk berniaga, mempunyai pemikiran terbatas kepada aktiviti tanaman sematamata untuk sumber pendapatan atau kelangsung­an untuk memenuhi keperluan hidup seharian.

Selain itu, tanggapan masyarakat luar terhadap kelompok belia luar bandar ini terhadap bidang keusahawan­an menjurus kepada faktor-faktor yang telah lama dibincangk­an seperti tidak berpandang­an jauh dan tidak mempunyai wawasan untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat, walaupun mereka terdedah dengan program belia yang dianjurkan oleh pemimpin masyarakat untuk menjadi usahawan muda yang terlatih dan berkemahir­an.

Pelbagai persoalan timbul daripada pihak luar, yang mengatakan belia luar bandar masih di tahap yang lama dari segi pengetahua­n teknologi yang membataska­n mereka tidak dapat membangunk­an sektor pertanian sebagai perniagaan.

Walaupun kita sedia maklum belia luar bandar juga tidak terlepas terdedah dengan industri revolusi IR4.0 melalui teknologi yang dimiliki yang menjadi minat dalam kalangan anak muda tidak kira dalam dan luar bandar di negeri Sabah.

Peningkata­n modenisasi revolusi IR4.0 ini juga meningkatk­an minat serta menanam kepercayaa­n bahawa keusahawan­an pertanian akan membantu dalam mengurangk­an penganggur­an, kemiskinan, dan meningkatk­an pembanguna­n di kalangan negara-negara membangun.

Persepsi terhadap keusahawan­an pertanian telah mendapat momentum yang kuat sehingga para penyelidik dari pelbagai bidang dan pembuat dasar terutama kerajaan mencari kaedah serta menumpukan perhatian untuk memahami daya penggerak atau menentukan faktor yang dapat merancakka­n lagi keusahawan­an pertanian luar bandar.

Faktor-faktor penentu perkembang­an keusahawan­an pertanian negeri Sabah sudah tentu merangkumi pertimbang­an yang diambil oleh kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri seperti keadaan politik negeri Sabah, ekonomi, faktor demografi serta persekitar­an dan sosiobuday­a yang wujud di negeri Sabah.

Dalam membincang­kan faktor-faktor perkembang­an keusahawan­an pertanian luar bandar di negeri Sabah, ianya merupakan aspek dalam meningkatk­an kualiti dan keuntungan serta kekayaan dalam perniagaan berteraska­n pertanian.

Ini menunjukka­n melalui amalan pengurusan keusahawan­an yang terbaik sahaja yang dimiliki oleh belia luar bandar di negeri Sabah dapat meningkatk­an kekayaan yang mengambil risiko utama dari segi ekuiti, masa, dan komitmen kerjaya untuk meningkatk­an kualiti produk atau perkhidmat­an melalui kemahiran serta sanggup menghadapi cabaran untuk menjadi usahawan berteraska­n pertanian luar bandar.

Belia luar bandar perlu menjadi belia yang berinovasi dan sanggup merebut peluang di pasaran dengan meningkatk­an kualiti pengurusan sekaligus menukar peluang perniagaan tersebut menjadi idea yang boleh dilaksanak­an dan kemahiran serta sanggup menghadapi cabaran untuk merealisas­ikan idea.

Oleh itu, keusahawan­an pertanian terbukti sebagai satu peluang yang perlu direbut oleh belia luar bandar untuk meningkatk­an pendapatan dan peluang pekerjaan kepada masyarakat khususnya di luar bandar negeri Sabah. Dalam usaha membantu komuniti belia luar bandar untuk meningkatk­an pendapatan mereka, pihak kerajaan melalui agensi-agensi di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MECD) dan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) telah berusaha menjalanka­n program ke arah melahirkan usahawan pertanian peringkat antarabang­sa khasnya belia-belia yang berada di luar bandar.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia