Utusan Borneo (Sabah)

UPPM Liawan giat laksana lawatan kebajikan

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Program Lawatan Kebajikan Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Liawan bersama Ketua Masyarakat Cina (KMC) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Keningau terus dipergiat bagi menyantuni penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan.

Penyelia Kemajuan Masyarakat (PKM) UPPM Liawan, Heldahwati Juhasin berkata program ini adalah cetusan idea dan saranan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Annuar Ayub Aman.

Ia bertujuan mengenal pasti keperluan dan bantuan kebajikan yang perlu disalurkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi kerajaan berkaitan.

Antara kawasan terlibat dalam program ini ialah Mukim Lingkudau, Patikang dan Mukim Kali yang melibatkan Kampung Batu 27; Bakiau; Bulu Silou; Linsosod; Liawan Ulu dan Taman Perumahan Adika 11 di kawasan DUN Liawan.

Rombongan tersebut diketuai Heldahwati bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat Keningau Aryanie Arimin; staf UPPM Liawan terdiri daripada Pemaju Mukim Lingkudau, Patikang dan Luagan, Ketua Masyarakat Cina (KMC) Keningau Kapitan Fung Shun Shiung; Kapitan Liew Tze Soon dan Kapitan Lee Chen Peng.

 ?? ?? LAWAT: Heldahwati (kiri) bersama Aryanie (dua kiri) sedang menemu bual seorang penduduk kampung yang memerlukan semasa program itu.
LAWAT: Heldahwati (kiri) bersama Aryanie (dua kiri) sedang menemu bual seorang penduduk kampung yang memerlukan semasa program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia