Utusan Borneo (Sabah)

Peladang kawasan Penampang anjur Pesta Kaamatan Sabtu ini

- Oleh Yap Siong Han

PENAMPANG: Pertubuhan Peladang Kawasan Penampang akan menganjurk­an Pesta Kaamatan, di Dewan Gawir Kampung Madsiang di sini, Sabtu ini (18 Jun).

Ahli Jemaah Pengarah Peladang Penampang John Gintos berkata, orang ramai serta para ahli Peladang daerah berkenaan dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahka­n lagi suasana.

Beliau yang juga pengerusi penganjur berkata, pelbagai acara akan diadakan pada hari berkenaan.

“Antara acara yang akan diadakan ialah pertanding­an Sugandoi, cabutan tiket bertuah, pertanding­an masakan tradisiona­l, cabutan untuk kehadiran bertuah, sukan tradisi serta Unduk Ngadau.

“Selain itu, pihak penganjura­n juga akan menyediaka­n gerai makanan serta menunjukka­n cara-cara menanam secara agroponik,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya juga telah berjaya menganjurk­an pertanding­an badminton di Dewan Pagansakan Inobong.

Katanya, pada kejohanan itu terdapat dua kategori dipertandi­ngkan iaitu individu serta berkumpula­n.

“Sehingga kini terdapat sejumlah 23 Unit Peladang di Penampang dan seramai 2,800 ahli yang berdaftar,” katanya lagi.

 ?? ?? KENANGAN: John (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama beberapa peserta dalam pertanding­an badminton yang diadakan baru-baru ini.
KENANGAN: John (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama beberapa peserta dalam pertanding­an badminton yang diadakan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia