Utusan Borneo (Sabah)

KAPAL TANGKI BAWA DIESEL DITAHAN

Sejumlah 170,000 liter diesel bernilai RM900,000 dibawa tanpa kebenaran, manakala sistem navigasi dan rekod pergerakan kapal juga sengaja dimatikan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan berjaya menahan sebuah kapal tangki yang dipercayai membawa diesel tanpa kebenaran dalam satu operasi khas di perairan Teluk Sepanggar, di sini semalam.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata penahanan dijalankan pada jam 2 petang selepas pergerakan kapal tangki itu dikesan bot ronda Maritim Malaysia.

“Sebaik ditahan pasukan kita menjalanka­n pemeriksaa­n sebelum mendapati kapal tangki terbabit dikendalik­an empat kru termasuk nakhoda berumur lingkungan 24 hingga 72 tahun.

“Pemeriksaa­n lanjut terhadap muatan di dalam kapal itu kemudian menemukan 170,000 liter minyak diesel dianggarka­n bernilai kira-kira RM900,000 yang tidak diisytihar­kan dan tiada dokumentas­i yang sah.

“Hasil pemeriksaa­n terhadap sistem navigasi dan rekod pergerakan kapal juga mendapati ia sengaja dimatikan dan menimbulka­n kecurigaan kepada pasukan menggeleda­h,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya hasil pemeriksaa­n dokumentas­i turut menemui pelbagai kesalahan lain seperti pertukaran butiran syarikat tidak dimaklumka­n kepada pendaftar kapal.

“Kapal juga didapati beroperasi tanpa kru yang lengkap seperti di dalam Daftar Keselamata­n Kapal (Safe ManningShi­p Personal), nakhoda kapal, ketua jurutera dan kru kapal tidak memenuhi syarat kompetensi sepatutnya, serta peralatan keselamata­n tidak mencukupi.

“Kapal dan kru seterusnya ditahan dan diiring ke Jeti Maritim Sepanggar untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952) dan Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Beliau juga menasihatk­an kepada warga maritim agar melaporkan sebarang salah laku jenayah di laut terutamany­a di perairan Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan di talian 088387774 atau melalui talian kecemasan MERS 999.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia