Utusan Borneo (Sabah)

10 rumah di Kampung Contoh musnah terbakar

- Oleh Vivi Olviana Najurus

PUTATAN: Sepuluh rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh Petagas di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim ketika ditemui di lokasi kejadian berkata kesemua penghuni bagaimanap­un dilaporkan selamat dalam kebakaran pada jam 9.20 malam itu.

Beliau berkata bertindak dengan maklumat, sepasukan polis bersama anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalanka­n operasi memadam kebakaran.

Ditanya mengenai sama ada kebakaran ini berpunca daripada perbuatan khianat, beliau berkata kejadian masih dalam siasatan dan terlalu awal untuk mengetahui punca kebakaran.

“Biarlah pihak bomba yang menjalanka­n siasatan lanjut mengenai punca kebakaran,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohammad Hannis Moktar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 9.21 malam.

“Kita menggegask­an 32 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dan BBP Kota Kinabalu bersama empat jentera dan Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kemudianny­a melaksanak­an operasi pemadaman menggunaka­n sumber air jentera dan pili bomba berhampira­n,” katanya.

Beliau berkata pihaknya terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal api daripada merebak dan kebakaran dapat dikawal jam 10.38 malam kemudian.

“Kebakaran memusnahka­n 10 rumah jenis separuh kekal dan tidak kekal dengan anggaran keluasan 210 meter persegi.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan setakat ini punca serta kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 ?? ?? MUSNAH: Api marak memusnahka­n 10 rumah penduduk di Kampung Contoh Petagas di sini.
MUSNAH: Api marak memusnahka­n 10 rumah penduduk di Kampung Contoh Petagas di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia