Utusan Borneo (Sabah)

Pengedar dadah ditahan bersama 38.52 gram syabu

- Oleh Hamzah Sanudin

SANDAKAN: Seorang lelaki disyaki pengedar dadah ditahan bersama 38.52 gram syabu dalam satu operasi di Kampung Sentosa, Batu 10, Jalan Labuk, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, lelaki berumur 35 tahun terbabit ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas pemantuan selama sejam di kawasan perkampung­an berkenaan.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, pasukan operasi membuat serbuan dan pemeriksaa­n terhadap rumah suspek selepas menerima maklumat.

Katanya, hasil pemeriksaa­n menemukan enam peket plastik kecil lutsinar yang mengandung­i ketulan hablur jernih yang dipercayai dadah jenis syabu.

“Selain itu, pasukan operasi turut menemukan 14 gulungan kertas timah yang dipercayai untuk aktiviti penagihan dadah.

“Pasukan serbuan turut menemukan sebuah lagi kotak berwarna merah mengandung­i tiga peket plastik besar lutsinar mengandung­i dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Abdul Rani berkata, suspek terbabit ditahan, manakala semua dadah jenis syabu berkenaan dirampas untuk tindakan selanjutny­a.

“Semua dadah termasuk peralatan penimbang yang ditemukan dianggarka­n bernilai RM4,710 berdasarka­n harga pasaran semasa.

“Suspek kemudianny­a dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk siasatan dan tindakan selanjutny­a,” katanya.

 ?? ?? RAMPAS: Dadah jenis syabu yang berjaya dirampas dalam operasi tersebut.
RAMPAS: Dadah jenis syabu yang berjaya dirampas dalam operasi tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia