Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan seludup masuk rokok bernilai lebih RM500,000 gagal

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan aktiviti menyeludup masuk rokok ke negara ini yang dianggarka­n lebih RM500,000 di kawasan perairan laut KampungTit­ingan, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, anggota PPM yang menjalanka­n tugas Op Gelora/Op Kontraban menerima maklumat mengenai pergerakan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigak­an di lokasi tersebut.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superinten­den Ridzauddin Selamat berkata pasukannya segera memintas dan menahan bot yang sarat dengan muatan itu untuk tujuan pemeriksaa­n.

Katanya, hasil pemeriksaa­n awal terdapat dua lelaki warga asing berumur 53 dan 37 tahun di dalam bot yang tidak mempunyai nombor pendaftara­n berkenaan.

“Pemeriksaa­n lanjut berjaya menemukan sebanyak 1,770 kotak rokok pelbagai jenama dipercayai diseludup masuk dari negara jiran.

“Kedua-dua suspek ditahan, manakala semua rokok berkenaan dirampas dan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, semua rokok berkenaan dipercayai dibawa masuk melalui perairan Pulau Sebatik negara jiran ke daerah ini.

“Jumlah keseluruha­n rampasan termasuk bot dan enjin dianggarka­n bernilai RM513,539.20 dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Ridzauddin berkata PPM terus komited menjalanka­n tanggungja­wab menguatkua­sakan undang-undang di kawasan perairan negara khususnya Tawau bagi mengekang jenayah rentas sempadan.

“Masyarakat pesisir pantai danmaritim­khususnyad­iminta untuk menyalurka­n sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah di kawasan mereka kepada pasukan keselamata­n.

“Maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi WhatsApp PPM Sabah di nombor 013-9391197 atau berhubung terus ke ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian 089983628,” katanya.

 ?? ?? PERIKSA: Anggota PPM menemukan beberapa kotak rokok dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini di dalam bot berkenaan.
PERIKSA: Anggota PPM menemukan beberapa kotak rokok dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini di dalam bot berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia