Utusan Borneo (Sabah)

JPN Pulau Pinang kumpul 16,200 puisi Hari Guru untuk MBOR

-

KEPALA BATAS: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang berjaya mengumpul sebanyak 16,200 puisi berkaitan Hari Guru, untuk direkodkan dalam ‘Malaysia Book of Records’ (MBOR) sebagai penghasila­n puisi terbanyak berkaitan Hari Guru.

Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad berkata, semua puisi itu dihasilkan oleh murid dan pelajar sekolah di seluruh negeri itu, sejak 19 Mei lepas hingga kelmarin.

“Pada mulanya sasaran kami untuk kumpul dalam 6,000 puisi sahaja untuk tempoh sebulan untuk direkodkan dalam MBOR, sempena sambutan Hari Guru peringkat Pulau Pinang yang diraikan kelmarin.

“Ini adalah inisiatif pihak JPN untuk direkodkan dalam MBOR. Alhamdulil­lah sambutan yang diterima sangat mengalakka­n iaitu sebanyak 16,200 puisi berkaitan Hari Guru berjaya dikumpulka­n, sehingga kelmarin.

“Jumlah tersebut telah berjaya melayakkan untuk direkodkan dalam MBOR sebagai puisi terbanyak berkaitan Hari Guru, dan ini kali kedua JPN Pulau Pinang kejayaan dalam MBOR iaitu tahun lepas rekod bilangan kek terbanyak sempena Hari Guru,” katanya kepada pemberita di sini malam kelmarin.

Abdul Rashid ditemui pada Majlis Makan Malam Apresiasi dan Penutupan Sambutan Hari Guru Peringkat Pulau Pinang 2022. Majlis itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas.

Pada majlis itu, Reezal Merican turut mengumumka­n untuk memberikan hadiah tambahan iaitu tiket penerbanga­n untuk menunaikan umrah, kepada Tokoh Guru dan Tokoh Kepimpinan sempena Hari Guru Peringkat

Negeri Pulau Pinang.

Reezal Merican berkata hadiah itu adalah tanda penghormat­an beliau dalam menghargai jasa dan pengorbana­n semua guru, yang selama ini mencurahka­n ilmu serta pendidikan kepada para murid dan pelajar.

Bekas Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancanga­n Dan Pengurusan JPN Pulau Pinang Ismail Mohd Said, 62, dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Guru peringkat Pulau Pinang.

Manakala bekas Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementeria­n Pendidikan Datuk Mohd Jam Mohamed, 61, dipilih menerima anugerah Tokoh Kepimpinan peringkat Pulau Pinang.

Selain menerima tiket penerbanga­n menunaikan umrah,kedua-dua mereka turut menerima selendang, pingat, cenderamat­a dan sijil anugerah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIIKTIRAF MBOR: Reezal Merican menyampaik­an sijil MBOR kepada Abdul Rashid (kanan) pada Majlis Aspresiasi dan Penutupan Sambutan Hari Guru Peringkat Pulau Pinang 2022 di Tasek Gelugor, malam kelmarin.
— Gambar Bernama DIIKTIRAF MBOR: Reezal Merican menyampaik­an sijil MBOR kepada Abdul Rashid (kanan) pada Majlis Aspresiasi dan Penutupan Sambutan Hari Guru Peringkat Pulau Pinang 2022 di Tasek Gelugor, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia