Utusan Borneo (Sabah)

Stadium Azteca, Los Angeles antara venue terpilih untuk Piala Dunia 2026

-

NEW YORK: Stadium ikonik Azteca Stadium dan Stadium Sofi milik kelab Los Angeles Rams adalah antara 16 venue dinamakan pada Ahad untuk menganjurk­an Piala Dunia 2026 yang akan diadakan di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.

Pada satu pengumuman menerusi televisyen di New York, pegawai mengesahka­n 11 bandar raya di AS akan menjadi venue penganjur, bersama-sama tiga venue di Mexico dan dua di Kanada untuk apa yang akan menjadi Piala Dunia pertama dianjur bersama oleh tiga negara dan yang pertama memaparkan 48 pasukan bertanding.

Kedua-dua venue dilihat sebagai calon untuk menganjurk­an final kejohanan.

Piala Dunia 2026 meraikan kali pertama tiga negara menganjurk­an Piala Dunia, dengan majoriti perlawanan berlangsun­g di AS. Enam puluh perlawanan akan berlangsun­g di AS, dengan Mexico dan Kanada masing-masing 10 perlawanan.

Mexico akan menganjurk­an Piala Dunia buat kali ketiga selepas menjadi tuan rumah secara solo pada 1970 dan 1986.

Stadium Azteca di Kota Mexico, dinamakan pada Khamis sebagai salah satu venue, akan menjadi stadium pertama menganjurk­an tiga Piala Dunia berasingan.

Venue lain di Mexico termasuk Estadio Akron di Guadalajar­a dan Estadio BBVA di Monterrey.

Venue di Kanada termasuk BC Place di Vancouver dan BMO Field di Toronto.

Senarai venue di AS adalah dari pantai ke pantai, memaparkan beberapa bandar raya yang pernah menjadi venue untuk Piala Dunia 1994. Bagaimanap­un, tiada stadium sebenar dari Piala Dunia 1994 akan menjadi venue 2026.

Venue lain termasuk Stadium AT&T di Arlington dan Stadium Hard Rock di

Miami, antara tujuh dari 11 venue dinamakan pada Khamis yang pernah menganjurk­an Super Bowl.

Stadium Arrowhead di Kansas — stadium paling bingit di dunia menurut Buku Rekod Dunia Guinness - juga tersenarai.

Venue sukan bola sepak AS (NFL) di Seattle, San Francisco, Atlanta, Houston, Boston dan Philadelph­ia juga dalam senarai.

Banyak venue AS yang dinamakan pada Khamis menganjurk­an Kejohanan Copa Amerika Centenario 2016 diadakan di AS. Stadium MetLife di New Jersey menganjurk­an final kejohanan itu di hadapan 82,026 penonton.

Bagaimanap­un, venue untuk final Piala Dunia 1994 — Stadium Pasadena Rose Bowl di pinggir Los Angeles — tidak tersenarai.

Identiti bandar raya yang akan menganjurk­an perlawanan pembukaan dan final pada 2026 bagaimanap­un tidak didedahkan pada Khamis.

Presiden badan induk bola sepak dunia (FIFA), Gianni Infantino berkata dalam satu temu bual dengan Fox Televisyen berikutan pengumuman venue itu bahawa keputusan untuk perlawanan pembukaan dan final akan dibuat pada tarikh lain.

“Kami akan mengambil masa untuk membuat keputusan itu,” kata Infantino.

“Masih ada beberapa perbincang­an perlu dilakukan dan kami pasti akan memilih bandar raya terbaik untuk perlawanan pembukaan dan final.

“Tetapi setiap perlawanan adalah seperti final di Piala Dunia ini.”

Ketika semua tiga negara penganjur akan berkongsi perlawanan di pusingan pertama sehingga ke pusingan 16 akhir, AS akan menganjurk­an semua perlawanan dari peringkat suku akhir sehingga ke final.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia