Utusan Borneo (Sabah)

Williams terima penyertaan wildcard, bakal beraksi di Wimbledon

-

LONDON: Serena Williams akan bermain di Wimbledon apabila penganjur kejohanan Grand Slam di permukaan rumput itu mengumumka­n bahawa mereka memberikan­nya penyertaan wildcard untuk perseorang­an wanita, meraikan kepulangan­nya ke kejohanan Grand Slam selepas satu tahun.

Williams, pemenang 23 kejuaraan Grand Slam wanita, akan membuat persediaan Wimbledon pada kejohanan di Eastbourne minggu hadapan di mana dia akan berganding­an dengan Ons Jabeur dalam acara bergu wanita.

Kejohanan Wimbledon akan bermula pada 27 Jun ini.

Williams tidak beraksi sejak mengalami kecederaan pada set pertama pusingan pertama kejohanan ini pada tahun lepas.

Namanya tidak kelihatan dalam senarai penyertaan perseorang­an wanita yang dikeluarka­n oleh penganjur kejohanan pada awal musim tetapi dia adalah antara enam pemain wanita yang diberikan slot wildcard, bersamasam­a lima pemain tempatan: Katie Boulter, Jodie Burrage, Sonay Kartal, Yuriko Miyazaki dan Katie Swan.

“Dua pemain wanita lain akan turut dijemput dalam masa terdekat,” kata penganjur.

Tujuh dari lapan slot wildcard perseorang­an lelaki juga diumumkan, termasuk satu untuk juara tiga kejohanan Grand Slam, Stanislas Wawrinka dari Switzerlan­d.

Pada awal hari yang sama, Williams memuat naik gambar kasut putih yang kelihatan di atas permukaan rumput dan kapsyen: “SW dan SW19. Ia satu temu janji. 2022. Jumpa anda di sana.” SW adalah singkatan nama Serena Williams dan SW19 adalah kod pos untuk Wimbledon.

Pemain berusia 40 tahun dari Amerika Syarikat (AS) itu memenangi tujuh kejuaraan perseorang­an wanita di Wimbledon, kali pertama pada 2002 dan yang terakhir paqda 2016. Williams juga muncul naib juara pada 2018 dan 2019 sementara kejohanan pada 2020 dibatalkan kerana pandemik COVID-19.

Pada 2021, Williams tergelinci­r dan mengalami kecederaan di kaki kanan, menyebabka­nnya menarik diri pada perlawanan pertama dan kegagalan meneruskan kejohanan Grand Slam yang kedua dalam kariernya dan yang pertama sejak 1998.

Kekurangan aktiviti sejak itu, Williams — yang menduduki ranking nombor satu dunia pada Julai 2002 — kini berada pada ranking ke 1,208 dunia. Kerana itu dia tidak mendapat tempat secara automatik dalam undian utama atau untuk peringkat kelayakan.

Ketika Williams tidak beraksi, Ashley Barty dan kemudian Iga Swiatek menduduki ranking nombor satu dunia.

Barty muncul juara Wimbledon tahun lepas dan juga kejuaraan Terbuka Australia pada bulan Januari untuk mengukuhka­n ranking nombor satu dunia tetapi secara tiba-tiba mengumumka­n bersara ketika masih berusia 25 Mac pada bulan Mac.

Ini membolehka­n Swiatek naik ke ranking nombor satu dunia dan dia mengukuhka­n statusnya dengan rekod 35 kemenangan berturut-turut termasuk kejuaraan Terbuka Perancis yang kedua pada bulan ini.

 ?? ?? WILLIAMS
WILLIAMS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia