Utusan Borneo (Sabah)

Sekolah daerah Kuala Penyu jayakan Kejohanan Merentas Desa MSSD

-

MENUMBOK: Seramai 500 murid-murid, guru dan ibu bapa menjayakan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) peringkat daerah Kuala Penyu, di Padang Majlis Daerah Menumbok baru-baru ini.

Majlis dirasmikan Ketua UMNO Bahagian P177 Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat.

Majlis turut dihadiri Guru Besar Cemerlang SK Pekan Menumbok Nordin Mohd Taip, Pegawai PPD Abdul Rahman Mohd Taip, Guru Besar dan Penolong Kanan kokurikulu­m daerah Kuala Penyu.

Dalam ucapannya, Awang Aslee memuji jawatakuas­a SK Pekan Menumbok kerana berjaya menganjurk­an kejohanan merentas desa bawah 12 tahun peringkat daerah Kuala Penyu itu.

“Saya difahamkan enam peserta lelaki dan enam peserta perempuan terbaik akan mewakili Kuala Penyu untuk menyertai pertanding­an ke peringkat negeri.

“Semoga daerah Kuala Penyu akan melahirkan lebih ramai lagi atlet bukan saja dalam arena rentas desa, tapi sukan-sukan lain juga,” katanya.

Awang Aslee juga menghargai inisiati SK Pekan

Menumbok apabila menggabung­kan aktiviti rentas desa dengan program Jom Sihat bersama ibu bapa dan komuniti setempat dalam senamrobik.

“Ini membuktika­n sukan boleh menjadi wadah perpaduan bagi memenuhi konsep yang dibawakan Perdana Menteri kita dalam Keluarga Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Pekan Menumbok, Nordin Mohd Taip mengucapka­n terima kasih kepada ibu bapa yang hadir menjayakan program berkenaan.

Katanya, sokongan sedemikian sememangny­a amat diharapkan.

“Ini membuktika­n ibu bapa sekolah ini amat prihatin dengan aktiviti sekolah yang dianjurkan untuk anak mereka,” katanya.

 ?? ?? JOM SIHAT: Awang Aslee (enam kanan) bergambar kenangan bersama Guru Besar, ibu bapa dan peserta lelaki rentas desa.
JOM SIHAT: Awang Aslee (enam kanan) bergambar kenangan bersama Guru Besar, ibu bapa dan peserta lelaki rentas desa.
 ?? ?? ALBUM: Peserta lelaki dan perempuan merentas desa bergambar kenangan sebelum larian bermula.
ALBUM: Peserta lelaki dan perempuan merentas desa bergambar kenangan sebelum larian bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia