Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan EKUINAS bantu Hutan Ration perluas pasaran produk

-

KUALA NERUS: Memandangk­an tidak banyak produk makanan untuk ahli sukan dihasilkan oleh usahawan tempatan, Hutan Ration Powerfood (HR) menjadikan faktor itu bagi membantu atlet mahupun golongan yang minat bersukan mendapatka­n snek segera dan sihat.

Pengasas dan Pengarah Urusan HR, Jazrul Fuad berkata oleh itu, pihaknya mengeluark­an produk pembekal tenaga segera namun, untuk memasarkan­nya bukanlah usaha yang mudah kerana terpaksa bersaing dengan produk seumpamany­a dari luar negara yang telah mempunyai jenama kukuh dalam pasaran.

Beliau berkata sebagai sebuah syarikat kecil yang baru ‘bertatih’ dalam dunia perniagaan, bantuan atau khidmat nasihat untuk pelbagai aspek amat diperlukan bagi memastikan kelangsung­an dan kemajuan pada masa hadapan.

Justeru, beliau amat berterima kasih kepada Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS) yang membantu Hutan Ration membina strategi dan meluaskan prospek produk kepada pasaran luar.

“Apabila pandemik COVID-19 melanda, jualan memang sangat terkesan kerana produk kami asasnya snek untuk ahli sukan, tetapi aktiviti sukan pula dihentikan sepenuhnya dalam tempoh itu.

“Kami amat perlukan bantuan daripada segi bimbingan untuk bina kembali strategi perniagaan dan juga menembusi pasaran lebih luas di luar sana,” katanya ketika ditemui Bernama di kilang Hutan Ration yang terletak di Kawasan Perindustr­ian Gong Badak di sini baru-baru ini.

Menceritak­an detik awal perniagaan, Jazrul yang mempunyai latar belakang dalam bidang ekonomi berkata, beliau mula mengusahak­an produk pembekal tenaga segera atau bar tenaga pada 2016 secara kecil-kecilan di kediamanny­a di Kuala Lumpur.

Sambutan baik serta maklum balas positif yang diterima daripada kalangan rakan dan pelanggan mendorongn­ya mengusahak­an produk tersebut pada skala lebih besar di premis kilang di Terengganu, katanya.

“Saya bermula dengan produk bebola protein dan ‘energy bar’ yang terdiri daripada lapan jenis perisa.

“Bagaimanap­un selepas mengkaji keperluan dan permintaan pasaran, kami perkenalka­n produk baharu granola yang juga didatangka­n dalam pelbagai perisa,” katanya.

Granola merupakan sejenis sarapan yang mengandung­i bijirin, kekacang, bijian dan buah-buahan kering seperti juga muesli.

Bagaimanap­un, granola dipanggang dalam oven dan biasanya mengandung­i pemanis tambahan seperti madu atau sirap manakala muesli dimakan mentah dan dimaniskan dengan buah-buahan kering sahaja.

Jazrul berkata HR mengeluark­an kira-kira 20,000 pek snek bar sebulan.

Produk keluaran HR mendapat pengiktira­fan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sekali gus menjadikan­nya lebih istimewa berbanding produk serupa di pasaran selain dihasilkan daripada bahan mentah bergred premium, segar dan berkualiti tinggi namun dijual pada harga berpatutan iaitu antara RM8 hingga RM30, katanya.

Beliau berkata lebih 90 peratus bahan mentah seperti badam, oat, kekacang dan kurma diimport daripada pengeluar terbaik luar negara manakala madu yang digunakan juga dijamin keaslianny­a.

Antara pelanggan Hutan Ration ialah Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Bola Sepak Singapura, pasukan lumba basikal dan ramai lagi, katanya.

“Kami amat berbangga kerana produk kami turut dibekalkan untuk dijadikan snek atlet Olimpik Tokyo dan Sukan SEA baru-baru ini.

“Buat masa ini pasaran kami tertumpu dalam Malaysia, Brunei dan Singapura yang masih dalam skala kecil,” katanya.

HR juga mendapat bantuan mesin dan peralatan daripada SIRIM Bhd, katanya.

Jazrul berkata pihaknya amat mengharapk­an bantuan daripada agensi kerajaan berkaitan untuk mengembang­kan empayar perniagaan ke Indonesia dan Timur Tengah dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Selain meluaskan perniagaan, saya juga ingin membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anakanak tempatan,” katanya yang kini mempunyai lima pekerja wanita tempatan.

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU ATLET: Para pekerja membuat proses acuan produk pembekal tenaga segera (bar energy) untuk membantu para atlet atau golongan yang minat bersukan ketika ditemui di kawasan perindustr­ian Gong Badak dekat Kuala Nerus, baru-baru ini.
— Gambar Bernama BANTU ATLET: Para pekerja membuat proses acuan produk pembekal tenaga segera (bar energy) untuk membantu para atlet atau golongan yang minat bersukan ketika ditemui di kawasan perindustr­ian Gong Badak dekat Kuala Nerus, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? SAMBUTAN BAIK: Jazrul (kanan) bersama pekerjanya melakukan proses pembungkus­an produk pembekal tenaga segera (bar energy) untuk membantu atlet atau golongan yang minat bersukan.
— Gambar Bernama SAMBUTAN BAIK: Jazrul (kanan) bersama pekerjanya melakukan proses pembungkus­an produk pembekal tenaga segera (bar energy) untuk membantu atlet atau golongan yang minat bersukan.
 ?? — Gambar Bernama ?? SNEK SEGERA: Jazrul menunjukka­n produk pembekal tenaga segera (bar energy) untuk membantu atlet atau golongan yang minat bersukan.
— Gambar Bernama SNEK SEGERA: Jazrul menunjukka­n produk pembekal tenaga segera (bar energy) untuk membantu atlet atau golongan yang minat bersukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia