Utusan Borneo (Sabah)

Foo alu-alukan kedatangan Huang Shifang

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah Prof. Foo Ngee Kee mengalu-alukan kedatangan Konsul General China di Kota Kinabalu yang baharu Huang Shifang.

Foo berkata, dengan meningkatk­an kerjasama antara PKS di Sabah dan China, usaha berkenaan telah membawa manfaat terhadap komuniti peniaga serta pelaburan antara Malaysia dan China.

“Tidak dinafikan Huang akan menguatkan lagi hubungan diplomatik diantara Sabah dan China sekali gus membawa manfaat yang lebih besar kepada PKS diantara kedua-dua pihak.

“Sabah terletak pada lokasi yang strategik, kaya dengan sumber alam, bukan sahaja tarikan kepada pelancong tetapi juga baik untuk perniagaan serta pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berharap Huang mampu menyesuaik­an diri dengan kehidupan di negeri ini dan seterusnya merancakka­n kemajuan ekonomi di antara China dan Sabah.

 ?? ?? FOO
FOO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia