Utusan Borneo (Sabah)

Sabah rekod 115 kes baharu COVID-19

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sejumlah 115 kes baharu COVID-19 semalam dengan pertambaha­n 16 kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, terdapat trend pertambaha­n jangkitan baharu di beberapa daerah termasuk daerah-daerah yang tidak mencatatka­n sebarang jangkitan sebelumnya.

“Daerah Putatan yang tidak merekodkan sebarang jangkitan pada 16 Jun 2022 mencatat 12 kes baharu semalam.

“Begitu juga di Tenom, Tambunan, Tawau, Kota Marudu dan Lahad Datu yang terkeluar daripada kumpulan ‘bebas jangkitan’ walaupun dengan jumlah kes baharu yang marginal,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, Tuaran merekodkan lapan kes baharu semalam, Beaufort turut meningkat enam kes kepada lapan kes.

Katanya, Kota Kinabalu pula merekodkan 41 kes baharu dengan penurunan 11 kes. Penampang juga mencatat angka jangkitan baharu yang lebih rendah dengan 12 kes (-7).

“Terdapat 12 daerah mencatatka­n sekurang-kurangnya satu jangkitan baharu dan ini mengurangk­an jumlah daerah yang ‘bebas jangkitan’ daripada 15 daerah pada 16 Jun 2022 kepada 12 daerah sahaja semalam.

“Sebanyak 112 daripada 115 kes semalam adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala terdapat satu kes masing-masing dalam Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5,” katanya.*

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia