Utusan Borneo (Sabah)

Dr Jeffrey tunaikan permohonan penduduk Kg Liau Laut Apin-Apin

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Penduduk Kampung Liau Laut ApinApin gembira apabila menerima sumbangan empat pembetung (culvert) daripada Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, bagi menaik taraf sistem perparitan kawasan perkampung­an.

Penduduk, Samsiah Gangau, yang membuat permohonan melalui pengurusan Jawatankua­sa Pembanguna­n Kemajuan Kampung (JPKK) Kg Liau Laut berkata pembentung sedia ada sering tersumbat kerana agak kecil serta tidak dapat menampung aliran air hujan dan menyebabka­n limpahan air dan banjir di beberapa kawasan.

“Terima kasih diatas keprihatin­an Dr Jeffrey dan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau kerana meluluskan permohonan yang dipohon oleh penduduk kampung.

“Dengan pemasangan pembetung itu, aliran air ketika hujan akan lancar dan masalah banjir yang sering menghantui penduduk dapat diselesaik­an,” katanya.

Sumbangan itu disampaika­n Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor di PKRP Keningau, Johari Pongod Gunjun, kepada Pengerusi JPKK Kg Liau Laut Hardy Paulus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia