Utusan Borneo (Sabah)

Pesara tentera terima rumah baharu dalam Program Jiwa Murni

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Nasib pesara tentera Staf Sarjan John Somudin (B) dan keluarga terbela apabila menerima sebuah rumah baharu dalam Program Jiwa Murni (PJM) yang dilaksanak­an bagi membantu golongan memerlukan.

Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad berkata pemberian rumah baharu ini selepas rumah bekas anggotanya itu musnah dalam kebakaran pada 12 April lalu disebabkan litar pintas pendawaian elektrik.

“Projek pembinaan rumah ini adalah berasaskan konkrit yang berkeluasa­n 30X30 kaki persegi dengan memuatkan empat bilik tidur dan dua bilik air membabitka­n kos keseluruha­n binaan RM62,000 hasil sumbangan Panglima Tentera Darat, Kerajaan Negeri Sabah, Wakil Rakyat Tempatan dan Tabung Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja.

“Pembinaan rumah di Kampung Balabakan, Jalan Pekan Nabalu, Tamparuli ini mengambil masa selama 80 hari bermula pada 25 Ogos dan siap sepenuhnya pada 13 November tahun lalu yang melibatkan seramai 20 anggota tentera darat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurn­akan penyerahan kunci rumah PJM kepada John semalam.

Turut hadir Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mej Jen Datuk Dzulkafli Mustaffa, Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mej Jen Datuk Mohd Halim Khalid, Wakil Pejabat Pegawai Daerah Tuaran dan Ketua Kampung Balabakan.

Katanya, anggotanya yang berumur 42 tahun itu sebelum ini berkhidmat dalam Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) selama 21 tahun dan bersara pada 4 Februari lalu.

“Pembinaan rumah PJM ini membantu meringanka­n beban yang ditanggung beliau dan ini sejajar dengan Tonggak Ketiga Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestaria­n Kesejahter­aan Warga.

“Program sebegini turut memperkasa peningkata­n hubungan tentera dengan awam khususnya dengan Kerajaan Negeri Sabah yang diterjemah­kan menerusi Tonggak Ke-5.

“Ini sekali gus meningkatk­an keyakinan rakyat terhadap kredibilit­i dan kesiagaan TDM dalam membantu pihak berkuasa awam dan masyarakat sepenuhnya,” katanya.

 ?? ?? PJM: Mardzuki menyerahka­n replika kunci rumah kepada John dengan disaksikan oleh Mohd Halim.
PJM: Mardzuki menyerahka­n replika kunci rumah kepada John dengan disaksikan oleh Mohd Halim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia