Utusan Borneo (Sabah)

SABAH DI AMBANG PEMULIHAN

Hajiji raikan petugas kesihatan yang rawat, tangani COVID-19

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, kelmarin meraikan sebahagian daripada petugas kesihatan termasukla­h doktor, doktor pakar dan jururawat yang terlibat memberi rawatan serta menangani penularan pandemik COVID-19 di negeri ini.

“Sudah lama saya mahu mengadakan majlis ini untuk memberi penghargaa­n kepada barisan doktor, doktor pakar dan jururawat yang terbabit dalam pandemik ini, termasuk mereka yang telah merawat saya dan isteri saya di hospital.

“Namun disebabkan ketika itu ada kekangan termasuk pelaksanaa­n perintah kawalan pergerakan (PKP), baharu malam ini majlis dapat dilaksanak­an. Saya bersyukur malam ini niat saya kesampaian (tertunai) selepas lebih setahun lebih.

“Saya merakamkan terima kasih kepada semua mereka yang terlibat merawat dan menangani pandemik itu di Sabah khususnya unit COVID. Sebenarnya, memang ramai yang terlibat jika dikira sepenuhnya di seluruh Sabah, tetapi malam ini kita buat untuk yang di Kota Kinabalu dulu setakat ini. Terima kasih kepada semua,” katanya dalam satu majlis makan malam penghargaa­n di sini kelmarin.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin.

Pada majlis itu, Hajiji turut mesra dengan petugas kesihatan yang hadir selain berpeluang bertemu dengan doktor dan jururawat yang menjaganya dan isteri sepanjang menerima rawatan.

Hajiji turut melahirkan rasa syukur kerana selepas pelancaran pelan pembanguna­n Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) pada Mac tahun lalu, banyak program berimpak tinggi sudah mula dilaksanak­an.

“Walaupun dilanda pandemik, saya tetap pastikan dasar kerajaan dapat dijalankan sama ada secara fizikal atau maya.

“Saya sebenarnya jarang bercakap soal politik di surat khabar sebab tumpuan saya adalah untuk membangunk­an dan memulihkan semula ekonomi negeri ini.

“Saya rasa kita kini sudah di landasan yang betul dan usaha untuk memulihkan ekonomi sedang rancak kita laksanakan. Rakyat juga sudah mula menjalanka­n aktiviti seperti biasa namun saya berharap kita semua sentiasa menjaga kawalan kendiri,” katanya.

 ?? ?? RAMAH MESRA: Hajiji (tengah) meluangkan masa bermesra dengan petugas kesihatan yang hadir pada majlis makan malam.
RAMAH MESRA: Hajiji (tengah) meluangkan masa bermesra dengan petugas kesihatan yang hadir pada majlis makan malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia