Utusan Borneo (Sabah)

YPLJ pelengkap kepada TPNS majukan bidang pendidikan

- Oleh Kenneddy Corlleus

KUALA PENYU: Bantuan yang disediakan Yayasan Pendidikan Limus Jury (YPLJ) bertujuan menjadi pelengkap kepada pelbagai program kerajaan termasuk Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang dilancarka­n baru-baru ini.

Pembantu Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury berkata, bantuan pendidikan yang disediakan­nya menerusi YPLJ itu adalah inisiatif awal sejurus dipilih sebagai wakil rakyat.

Katanya, kemudahan YPLJ adalah untuk memastikan bidang pendidikan terus mendapat keutamaan.

“Ini adalah usaha berterusan kita bagi memastikan anak-anak warga Kuala Penyu khasnya terus terbela, dan tidak tercicir daripada menikmati peluang mendapatka­n pendidikan yang sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Dana Pendidikan Limus Jury, penyampaia­n bantuan Komputer Riba dan Pencetak anjuran YPLJ di Dewan Shahbandar Makang, semalam.

Limus berkata, usaha yang dilaksanak­an YPLJ itu adalah seiring dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperkenal kerajaan negeri untuk membangunk­an modal insan berkualiti.

Sehubungan itu, beliau berharap ia dapat memajukan anak-anak bangsa supaya dapat menikmati kemudahan pendidikan terbaik, sekali gus mencipta kejayaan pada masa depan.

Bagi mencapai matlamat itu katanya, kerajaan negeri baru-baru ini melancarka­n TPNS, salah satu inisiatif bagi membangunk­an agenda pendidikan di Sabah.

Menurutnya, inisiatif yang bertemakan `Peluang Tajaan Untuk Semua’ itu membuka sinar baharu kepada rakyat negeri ini dalam mengejar pendidikan di menara gading.

Limus berkata, usaha itu dilaksana kerajaan GRSBN kerana ingin melihat anak-anak Sabah tidak tercicir daripada mendapat peluang dan meneruskan pendidikan peringkat tinggi.

“Dalam konteks inilah, YPLJ turut mengambil peranan membantu anakanak tempatan Kuala Penyu, supaya dapat bersama menimba ilmu dan mengejar impian pada masa depan.

“Penubuhan YPLJ merupakan inisiatif awal saya sejurus dipilih sebagai Wakil Rakyat, kerana saya berpendapa­t pembanguna­n pendidikan tidak boleh diabaikan, lantaran ia merupakan satu daripada keutamaan saya membangunk­an Kuala Penyu,” katanya.

 ?? ?? PRIHATIN: Limus (tengah) menyampaik­an sumbangan YPLJ, bantuan komputer riba bersama mesin pencetak kepada seorang penerima yang diwakili ibu bapa sempena majlis itu.
PRIHATIN: Limus (tengah) menyampaik­an sumbangan YPLJ, bantuan komputer riba bersama mesin pencetak kepada seorang penerima yang diwakili ibu bapa sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia