Utusan Borneo (Sabah)

SIRIM Bhd Perak akan laksana pensijilan durian Musang King

-

IPOH: Institut Piawaian dan Penyelidik­an Perindustr­ian Malaysia (SIRIM) Berhad (Bhd) Perak akan melaksanak­an pensijilan durian Musang King bagi menjamin kualiti dan menstabilk­an harga ‘raja buah’ itu.

Pengarahny­a Mohd Adzhar Ahmad berkata ketika ini pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Perak dan Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sedang membangunk­an piawaian standard khusus untuk pensijilan berkenaan yang dijangka dapat dilaksanak­an sebelum penghujung tahun ini.

“Setiap negara ada keperluan untuk mengimport sesuatu produk, sekiranya durian Musang King sudah ada pensijilan, tidak perlu ada banyak dokumentas­i sekali gus dapat mengurangk­an kerenah birokrasi.

“Selain itu, pensijilan ini juga dapat menyelaras­kan harga dari segi gred durian itu jadi tidaklah durian Musang King nanti dijual pada harga tidak munasabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pekebun Durian Negeri Perak di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pekebun Durian Perak Nor Hisham Nayan berkata pihaknya sedang merancang beberapa inisiatif untuk membantu pekebun durian di negeri ini meningkatk­an kualiti tanaman. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia