Utusan Borneo (Sabah)

Menteri KUSKOP ketuai delegasi Malaysia ke Perhimpuna­n Agung ICA di Sepanyol

-

SHAH ALAM: Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Tan Sri Noh Omar akan mengetuai delegasi koperasi Malaysia ke Perhimpuna­n Agung Ikatan Koperasi Antarabang­sa (ICA) di Seville, Sepanyol yang bermula hari ini hingga 22 Jun ini.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) Halim Ibrahim berkata sebanyak 312 koperasi dari 112 negara bakal menyertai perhimpuna­n agung dan persidanga­n yang bertemakan ‘ICA Cooperativ­es: The Moment Is Now!’.

Persidanga­n itu diadakan bagi membincang­kan dasar dan hala tuju koperasi serta kolaborati­f dalam perkongsia­n ilmu, kepakaran, teknologi, budaya agar sektor koperasi kekal relevan dalam memberikan sumbangan yang signifikan terhadap pembanguna­n sosioekono­mi masyarakat dan komuniti.

Dalam satu kenyataan di sini, Halim berkata Noh yang juga berada di sana untuk lawatan kerja sehingga 24 Jun dijadual mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Transforma­si Digital Sepanyol, Nadia Calviño Santamaría.

“Kunjungan hormat itu bagi mengukuhka­n lagi hubungan dua hala dan membincang­kan kerjasama pelbagai bidang yang boleh dijalinkan khususnya dalam pembanguna­n gerakan koperasi dan keusahawan­an,” jelas beliau.

Selain itu, menteri itu akan mengadakan beberapa pertemuan bersemuka dengan pemimpin negara di Seville dan Madrid.

Di samping itu, menerusi lawatan kerja berkenaan, ANGKASA akan turut memuktamad­kan memorandum kerjasama dengan Indian Farmers Fertiliser Cooperativ­e Limited (IFFCO) berkenaan pembekalan baja nano.

“Perjanjian memorandum ini akan memberi manfaat kepada koperasi yang terlibat dalam sektor pertanian dan industri asas tani serta sektor perladanga­n,” tambah Halim. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia