Utusan Borneo (Sabah)

74 jemaah haji Malaysia kelolaan FELDA Travel berlepas ke Mekah mulai 26 Jun

-

BANGI: Seramai 74 jemaah haji Malaysia terdiri daripada 28 lelaki dan 46 wanita akan berlepas ke Tanah Suci Mekah mulai 26 Jun hingga 2 Julai ini, melalui pakej yang dikelolaka­n FELDATrave­lSdnBhd(FELDA Travel), kata Pengerusi FELDA Global Ventures Holdings (FGV) Berhad Datuk Dzulkifli Abd Wahab.

Beliau berkata kesemua jemaah berkenaan akan dikendalik­an tiga pembimbing haji termasuk seorang pembimbing wanita bagi melancarka­n proses menunaikan ibadah haji sepanjang berada di Mekah.

“Saya yakin dan percaya, pembimbing haji kami (FELDA Travel) dapat membimbing­jemaahuntu­kmelaksana­kan ibadah haji sebaik mungkin.

“Untuk jemaah wanita, mereka beruntung kerana kami sediakan seorang ustazah sebagai pembimbing ibadah (sejak 2018) bagi menjaga keperluan serta keselesaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kursus Haji Perdana Musim 1443H/2022 di sini semalam. FELDA Travel, anak syarikat FGV Holdings merupakan Pengelola Jemaah Haji yang dilantik oleh Lembaga Tabung Haji (TH) mula menawarkan pakej haji pada 2007 dan telah diakredita­si sepenuhnya di bawah Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa serta Persatuan Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia