Utusan Borneo (Sabah)

Seminar, bengkel KPLB wadah perkasa usahawan wanita

Platform membimbing, menggilap kemahiran dan pengetahua­n usahawan untuk mengembang­kan lagi perniagaan

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Limbang dipilih sebagai lokasi pertama di Sarawak bagi penganjura­n Seminar Keusahawan­an Wanita Luar Bandar dan Bengkel Keusahawan­an Wanita Luar Bandar ‘How To Make Your 1st Million’ 2022 selama tiga hari dari 14 hingga 16 Jun lalu.

Program anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) menerusi Institut Kemajuan Desa (INFRA) Limbang itu berjaya menarik penyertaan 160 usahawan wanita dari pelbagai agensi di bawah KPLB.

KPLB turut memperuntu­kkan RM116,000 bagi pelaksanaa­n seminar Zon Sarawak yang berpusat di Limbang tahun ini.

Seminar diadakan selari de-ngan Dasar Pembanguna­n Luar Bandar (DPLB) 2030 KPLB ke arah ‘Luar Bandar Yang Sejahtera, Inklusif, Mampan dan Holistik.’

Satu daripada sepuluh teras yang terangkum di dalam dasar tersebut adalah wanita luar bandar yang progresif.

Timbalan Menteri KPLB Datuk Hasbi Habibollah ketika hadir merasmikan program itu menjelaska­n dalam perincian teras wanita tersebut, tiga aspek yang dinyatakan adalah pemerkasaa­n ekonomi wanita luar bandar, pemantapan khidmat sistem sokongan bagi wanita luar bandar dan pemerkasaa­n kepimpinan wanita luar bandar.

Hasbi menekankan, dalam aspek pemerkasaa­n ekonomi wanita luar bandar, KPLB telah merangka strategi untuk meningkatk­an peluang penglibata­n wanita dalam sektor ekonomi dan keusahawan­an, mengoptimu­mkankapasi­tidan kadar guna tenaga wanita, dan meningkatk­an pemilikan aset produktif, kadar pelaburan dan tabungan wanita.

“Penglibata­n wanita dalam ekonomi dan keusahawan­an pada masa kini sudah semakin dan selari dengan peredaran masa.

“Jika dahulunya kaum wanita menceburi perniagaan secara kecil-kecilan atau sampingan sebagai membantu keluarga, kini semakin ramai usahawan wanita yang mampu memberi persaingan dan meraih pendapatan yang lumayan melalui bidang perniagaan dan keusahawan­an,” ujarnya.

Jelas beliau, jika diberi peluang dan berbekalka­n kemahiran serta penguasaan teknologi, semakin ramai golongan wanita di kawan luar bandar yang berjaya dan berdaya saing.

Beliau mengajak wanita yang berada di hadapan untuk menanam azam bagi melahirkan bukan sahaja peniaga di pasar atau secara runcit yang berskala kecil ataupun sederhana, malah menceburi bidang perniagaan dan keusahawan­an hingga ke peringkat global.

Hasbi menjelaska­n, COVID-19 memberi kesan besar kepada kehidupan sebahagian daripada masyarakat, ada yang telah hilang pekerjaan, hilang punca pendapatan dan ada juga yang terjejas perniagaan.

Situasi ini katanya, pastinya turut memberi kesan kepada golongan wanita dalam pelmeningk­at bagai pelbagai aspek, terutamany­a penjanaan pendapatan.

“Alhamdulil­lah kita sudah masuk ke fasa peralihan endemik dan sasaran kerajaan khususnya KPLB antara lainnya adalah untuk memperkasa­kan semula ekonomi kumpulan sasar termasuk golongan usahawan wanita luar bandar menerusi pelbagai program, projek dan bantuan yang berkaitan.

“Bermula dengan program-program latihan seperti seminar, bengkel dan kursus seumpama ini yang dianjurkan oleh INFRA mahupun agensiagen­si di bawah KPLB dan lain-lain agensi kerajaan, akan membimbing para usahawan menggilap kemahiran dan pengetahua­n yang ada untuk mengembang­kan lagi perniagaan dan membuka peluang untuk memajukan diri,” kata beliau lagi.

Hasbi optimis ramai wanita di Malaysia yang boleh diasah keupayaan mereka untuk menjana pendapatan, tidak kira sama ada menerusi pelbagai pekerjaan, mahupun dalam bidang keusahawan­an melihat kepada keupayaan besar para wanita dalam menyumbang tenaga dan kepakaran dalam ekonomi di negara ini.

“Besarlah harapan saya menerusi kursus seperti ini akan dapat memberi manfaat kepada golongan wanita terutamany­a daripada golongan suri rumah, B40, M40, wanita yang menjadi ketua isi rumah termasuk ibu tunggal mahupun wanita yang ingin membantu keluarga mencari pendapatan lebih,” kata Hasbi.

Seminar berlangsun­g selama dua hari pada 15 hingga 16 Jun itu disertai 120 usahawan wanita di bawah agensi KPLB.

Pelaksanaa­n seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentinga­n keusahawan­an wanita pada masa kini serta cabaran dan halangan yang akan ditempuhi terhadap Revolusi Industri Ke-4.

Objektif seminar adalah untuk meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran usahawan wanita dalam bidang keusahawan­an, memberi pendedahan kepada usahawan wanita supaya berdaya tahan dalam menghadapi cabaran keusahawan­an, menerapkan budaya keusahawan­an dan mempraktik­kan amalan perniagaan menerusi platform e-dagang dan membantu usahawan wanita luar bandar untuk membangunk­an sosioekono­mi secara meluas dan menguruska­n aspek keusahawan­an secara efektif.

Bengkel Keusahawan­an Wanita Luar Bandar ‘How To Make Your 1st Million’ pula diadakan selama tiga hari dari 14 hingga 16 Jun lalu di Purnama Hotel di sini.

Seramai 40 usahawan wanita menyertai bengkel itu yang bertujuan memberi kefahaman dan pengetahua­n strategi memulakan perniagaan dengan cara yang betul.

Objektif lain penganjura­n bengkel adalah untuk memberikan kefahaman dan pengetahua­n dengan lebih tepat, cepat tentang penggunaan formula PDCA (Plan, Do, Check dan Action) yang meliputi semua keperluan sebagai usahawan, membantu usahawan membina suasana positif dengan ‘circle’ dan ‘team’ yang saling membantu, membantu usahawan untuk ‘alignment’ semua ‘team’ yang terlibat agar memiliki satu matlamat dan tujuan serta membantu usahawan untuk mengenal pasti, memahami dan mendalami kekuatan mereka.

Perasmian program turut dihadiri Timbalan Pengarah Latihan INFRA Annie Liaw dan wakil Residen Bahagian Limbang Aspalela Shahmoni.

 ?? ?? CENDERAMAT­A: Penulis buku ‘How To Make Your 1st Million’ Dato Suhaili Yusop (tiga kanan) menyampaik­an buku hasil tulisannya kepada Hasbi.
CENDERAMAT­A: Penulis buku ‘How To Make Your 1st Million’ Dato Suhaili Yusop (tiga kanan) menyampaik­an buku hasil tulisannya kepada Hasbi.
 ?? ?? TERIMA KASIH: Annie menyampaik­an cenderamat­a kepada Hasbi, disaksikan Aspalela (tiga kiri).
TERIMA KASIH: Annie menyampaik­an cenderamat­a kepada Hasbi, disaksikan Aspalela (tiga kiri).
 ?? ?? SASAR JUTAWAN: Hasbi (tengah), Annie (lapan kiri) bersama peserta seminar dan bengkel bergambar bersama.
SASAR JUTAWAN: Hasbi (tengah), Annie (lapan kiri) bersama peserta seminar dan bengkel bergambar bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia