Utusan Borneo (Sabah)

Salleh mahu ibu bapa, guru kerjasama sebagai sekutu

-

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak menyeru ibu bapa dan guru supaya bekerjasam­a sebagai rakan sekutu bagi memastikan kejayaan sekolah dalam pelbagai aspek, termasuk pencapaian akademik.

Ketika membuat seruan itu, beliau berkata kajian menunjukka­n penglibata­n ibu bapa amat penting dalam membantu pelajar menyelami proses pembelajar­an mereka.

Oleh itu, bekas Ketua Menteri Sabah itu menekankan pentingnya komunikasi yang efektif bagi mewujudkan hubungan baik yang saling menghormat­i antara guru, ibu bapa, dan pelajar.

“Bagi saya petua terbaik untuk kejayaan sekolah ialah memastikan ibu bapa dan guru bekerjasam­a sebagai sekutu.

“Sebab itu, perjumpaan PIBG (Persatuan Ibu Bapa Guru) seperti yang diadakan hari ini sewajarnya dihadiri para ibu bapa. Medan inilah ibu bapa patut jadikan sebagai saluran untuk meluahnya buah fikiran, bertukar-tukar pendapat dan mengemukak­an usul,” katanya.

Salleh berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Arshad kali-24 di sini semalam.

Beliau berkata, PIBG telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama bagi memupuk rasa tanggungja­wab bersama dan berusaha meningkatk­an kualiti pengajaran guru dan pembelajar­an murid di sekolah.

Beliau berkata melalui PIBG, kerjasama erat antara sekolah, ibu bapa serta komuniti atau perkongsia­n komuniti dengan sekolah juga boleh dipertingk­atkan.

Salleh berkata, PIBG perlu proaktif dalam soal kebajikan pelajar, guru dan sekolah demi kebaikan bersama.

Menyedari masalah yang dihadapi ibu bapa khususnya golongan B40 di negara ini, Salleh berkata pelbagai inisiatif, usaha dan program telah dilakukan kerajaan, ia termasukla­h Bantuan Persekolah­an, Bantuan Tabung Amanah Pelajar Miskin, Bantuan Tablet Percuma untuk pelajar B40 di bawah inisiatif CERDIK.

 ?? ?? AMANAT: Salleh ketika menyampaik­an ucapan ketika pada majlis berkenaan.
AMANAT: Salleh ketika menyampaik­an ucapan ketika pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia