Utusan Borneo (Sabah)

Verstappen kecewa dengan campur tangan FIA dalam ‘porpoising’

-

MONTREAL: Juara dunia Max Verstappen kelmarin berkata campur tangan pertengaha­n musim atas alasan keselamata­n untuk menyelesai­kan masalah ‘porpoising’ Formula Satu (F1) adalah “agak memalukan.”

Badan pengelola sukan itu, Persekutua­n Permotoran Antarabang­sa (FIA), pada hari Khamis mengumumka­n ia sedang campur tangan atas alasan perubatan untuk mencegah atau mengurangk­an ‘porpoising’ selepas aduan daripada beberapa pemandu baru-baru ini.

“Saya fikir ia agak mengecewak­an bahawa sekali lagi terdapat perubahan peraturan pada pertengaha­n musim,,” kata pelumba Belanda berusia 24 tahun itu.

“Ini bukan tentang ia menjejaska­n kami berbanding pasukan lain, tetapi tidak sepatutnya ada pasukan yang banyak mengadu dan tibatiba mereka menukar peraturan.

“Banyak pasukan yang melakukan kerja yang luar biasa agar tidak mempunyai masalah seperti ini, jadi semestinya ada jalan keluar.”

Dia merujuk kepada satu pasukan, mencadangk­an dia bercakap tentang Mercedes yang teruk terjejas dengan ‘kesan lantai’ kereta generasi baharu mereka tahun ini.

“Jika anda tidak dapat mereka bentuk kereta dengan betul – maka itu salah anda. Ini bukan kesalahan peraturan. Jadi, bagi saya ia agak memalukan.”

Juara tujuh kali Lewis Hamilton dan rakan sepasukan Mercedesny­a George Russell, bersama-sama dengan yang lain termasuk Pierre Gasly dari Alpha Tauri, Valtteri Bottas dari Alfa Romeo dan Daniel Ricciardo dari McLaren memberi peringatan tentang kemungkina­n kesan fizikal jangka panjang setelah mengalami sakit belakang yang teruk.

Red Bull adalah salah satu daripada beberapa pasukan yang tidak terjejas teruk oleh fenomena ini.

Ketua pasukan Haas, Guenther Steiner mencadangk­an campur tangan pertengaha­n musim akan mengubah prestasi ‘urutan status’ pasukan.

“Sesetengah kereta amat teruk,” katanya.

“Tetapi ada penyelesai­an – naikkan sahaja ketinggian kenderaan. Namun anda akan perlahan, dan siapa yang mahu perlahan?

“Anda mengubah dasar sesuatu – anda boleh menukar urutan status sepenuhnya.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERSUARA:Verstappen semasa sidang media menjelang Formula 1 Grand Prix Kanada di Litar Gilles-Villeneuve.
— Gambar AFP BERSUARA:Verstappen semasa sidang media menjelang Formula 1 Grand Prix Kanada di Litar Gilles-Villeneuve.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia