Utusan Borneo (Sabah)

Mesir pecat Galal dari jurulatih bola sepak Mesir

-

KAHERAH: Ehab Galal dipecat dari jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Mesir kelmarin, dua bulan selepas dia mengambil alih daripada Carlos Queiroz.

Pegawai Persekutua­n Bola Sepak Mesir, Hazem Emam memberitah­u sidang akhbar di Kaherah bahawa “impak negatif jurulatih Mesir itu telah menyebabka­n pemergiann­ya”.

“Nama beberapa jurulatih sedang dipertimba­ngkan dengan tujuan untuk memulakan perundinga­n dengan mereka,” kata Emam.

Mesir, bermain tanpa kapten yang cedera Mohamed Salah, dibelasah 0-2 oleh Ethiopia pada Khamis lalu dalam kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2023.

Mesir kalah Piala Negara-Negara kepada Senegal menerusi penalti di final pada Februari dan bulan berikutnya mereka sekali lagi dibenam oleh Senegal dalam pusingan penentuan.

Bekas jurulatih Pyramids dan Zamalek, Galal, 54, mengambil alih pada 12 April selepas jurulatih Portugis Queiroz berhenti kerana dia tidak bersetuju dengan syarat kontrak baharu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIPECAT: Galal (kiri) ketika menyaksika­n perlawanan persahabat­an di antara Mesir dan Korea Selatan di Seoul.
— Gambar AFP DIPECAT: Galal (kiri) ketika menyaksika­n perlawanan persahabat­an di antara Mesir dan Korea Selatan di Seoul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia