Utusan Borneo (Sabah)

Axelsen mara ke semifinal Terbuka Indonesia

-

JAKARTA: Pemain pilihan utama, Viktor Axelsen mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia selepas menewaskan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia dalam perlawanan mendebarka­n yang diadakan di arena sukan Istora Senayan di Jakarta pada Jumaat.

Pemain badminton nombor satu dunia itu mengatasi permulaan pantas daripada Ginting untuk menuntut kemenangan dalam perlawanan pertama 21-13.

Disorak oleh penyokong tuan rumah, Ginting kembali untuk menguasai permainan kedua 21-19 dan memaksa pusingan pemutus.

Tetapi juara Olimpik Tokyo itu menguasai perlawanan ketiga, menang 21-9 untuk merangkul tempat ke separuh akhir.

Axelsen berkata bahawa menangani tekanan daripada Ginting dan penyokong tuan rumah adalah kunci kepada kemenangan­nya.

“Saya benar-benar cuba memberi tumpuan kepada permainan saya hari ini dan cuba bermain strategi yang betul,” kata Axelsen selepas perlawanan.

“Ginting bermain dengan baik hari ini. Dia (bermain) di tanah air jadi dia mempunyai sokongan seluruh stadium ini merupakan pengalaman yang hebat untuk saya.”

Pada separuh akhir, Axelsen akan berdepan bintang Malaysia, Lee Zii Jia, yang menewaskan Loh Kean Yew dari Singapura 21-18, 16-21, 22-20.

Dalam acara perseorang­an wanita, pemain nombor dua dunia Tai Tzu Ying mara ke separuh akhir selepas menewaskan pemain Denmark, Hojmark Kjaersfeld­t. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RAIKAN: Axelsen meraikan kejayaanny­a menumpaska­n Ginting pada perlawanan suku akhir di Badminton Terbuka Indonesia di Jakarta.
— Gambar AFP RAIKAN: Axelsen meraikan kejayaanny­a menumpaska­n Ginting pada perlawanan suku akhir di Badminton Terbuka Indonesia di Jakarta.
 ?? ?? GINTING
GINTING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia